berita

1067 Pekerja Positif Covid-19 Hari Ini, 28 Kilang Top Glove Diarah Tutup

November 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes Covid-19 di kalangan pekerja kilang sarung tangan Top Glove iaitu sebanyak 1067 kes. Susulan daripada peningkatan tersebut, sebanyak 28 kilang Top Glove di Klang bakal ditutup secara berperingkat.

Ditutup secara berperingkat

https://www.youtube.com/watch?v=AlwOvdtIIFk

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa telah berlakunya peningkatan yang ketara terhadap kes di kalangan pekerja kilang Top Glove di Klang, Selangor. Beliau difahamkan hari ini sahaja sebanyak 1067 kes telah dilaporkan membabitkan pekerja kilang tersebut.

Tambah beliau, sehingga hari ini, KKM telah menjalankan ujian saringan sebanyak 5794 terhadap pekerja yang terlibat dan 1889 kes dipercayai positif telah direkodkan. Oleh sebab itu, MKN bersetuju untuk mendengar nasihat dan penilaian risiko daripada KKM agar 28 buah kilang Top Glove perlu ditutup secara berperingkat bagi membolehkan pekerja menjalani ujian saringan dan proses kuarantin seperti yang ditetapkan oleh KKM.

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×