Pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri tumpuan netizen susulan memuat naik foto bersama Bella Astillah di Instagram, sebentar tadi.
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali – ‘Dia Juga Pernah Curang Dengan Adik Saya Sendiri’
Kali ke-12 baru nak selfie
Lebih mencuri tumpuan, Puteri Sarah turut menulis kapsyen ’11 kali jumpa dekat Brunei tapi kali ke-12 baru nak selfie’ di postingnya itu. Berikutan daripada kapsyen tersebut, netizen mendakwa Puteri Sarah sengaja menyindir suami kepada rakan baiknya itu.
Mana taknya, Bella sebelum ini membuat pendedahan bahawa suaminya iaitu Aliff Aziz berlaku curang terhadapnya sebanyak 11 kali.
Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia juga mempunyai cukup bukti terhadap setiap perbuatan curang suaminya itu.
Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja tapi sebenarnya dia dah curang sebanyak 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu itu.
Lebih mengejutkan, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan suaminya itu turut berlaku curang bersama adiknya iaitu, Eriqa Astillah.
Tambah Bella, Aliff dan Eriqa ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2022.
Sumber: Puteri Sarah Liyana