berita

11 Lelaki Dipercayai Penggodam ‘Anonymous Malaysia’ Berjaya Ditahan Pihak Berkuasa

February 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seramai 11 lelaki berjaya ditangkap oleh pihak polis dalam serbuan berasingan di seluruh negara kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti menggodam sistem komputer kerajaan.

Menerusi laporan Sinar Harian, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah menjalankan tujuah serbuan di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor dan Pahang. Tangkapan tersebut dilakukan setelah JSJK  melakukan risikan dan intipan sejak seminggu lalu.

Ugutan dan ancaman

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani, ada di kalangan 11 lelaki tersebut merupakan pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia. Oleh itu, pihak polis masih lagi dalam proses menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengenal pasti saki baki suspek lain sebelum proses tangkapan susulan dilakukan.

Tangkapan dibuat ekoran ugutan dan ancaman oleh kumpulan berkenaan untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu dan setakat ini enam laporan polis diterima di seluruh negara.

Mengulas lebih lanjut, beliau memberitahu kesemua suspek yang ditahan disyaki menjalankan serangan siber terancang terhadap laman web kerajaan dan swasta. Setakat ini, kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997.

Ancaman serangan siber

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan supaya mengambil langkah-langkah mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.

Di samping itu, MKN turut memberitahu bahawa tindakan yang serius bakal diambil kepada mereka yang menjalankan aktiviti menggodam ini. Ini kerana, viral satu video di media sosial berhubung ‘Anonymous Malaysia’ yang hendak menggodam laman web kerajaan sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×