berita

11 Tahun Terpisah, Ibu Sedih Anak Meninggal Dunia Selepas Sebulan Bertemu

March 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Siapa sangka pertemuan yang sungguh bermakna di antara seorang ibu dan anak yang sudah terpisah sejak 11 tahun yang lalu, bertukar menjadi kisah sedih apabila anak tersebut meninggal dunia selepas sebulan mereka bertemu. Menerusi Facebook Abam Botak, pengusaha perkhidmatan van jenazah percuma di Borneo ini berkongsi kisah sedih tersebut.

Pertemuan terakhir

Meskipun ada kisah silam yang memisahkan kita dengan ibu dan bapa kita suatu ketika dulu. Cubalah cari mereka untuk mendapatkan doa mereka. Kemarin saya menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Raungan dan tangisan daripada seorang ibu meminta tolong membawa jenazah anaknya ke Kunak. Tolong ba bawa jenazah anakku ke Kunak – tiada kenderaan kami ni aku ni orang susah. Aku menenangkan keadaan. Minta dia bersabar dan ceritakan dengan tenang. Apa yang boleh kami tolong.

Tapi ibu itu terus menangis dan meraung. Dia sudah tidak boleh berkata apa-apa lagi. Tiba-tiba seorang lelaki bercakap dalam talian yang bukanpun ahli keluarganya. Menurut lelaki itu, anak wanita itu baru saja meninggal dunia dan hendak minta tolong hantarkan jenazah anaknya ke Kunak, kini jasad anaknya masih berada di wad Hospital Sandakan. Seperti biasa, kami okay saja. Tiada masalah selagi kenderaan kita masih boleh bergerak. Kita on saja. Jenazah pula kami hanya boleh ambil di unit Forensik sahaja.

Tetap mencari ibunya

Sekadar gambar hiasan

Semasa dalam perjalanan, mereka berdua saja, tiada orang lain. Kita cuba bertanya, tentang arwah ini kepada si ibu. Menurut ibunya, mereka telah berpisah sejak 11 tahun yang lalu. Arwah pula berusia dalam lingkungan 23 tahun. Maknanya ketika arwah berusia 12 tahun. Dua beranak ini telahpun hidup berpisah. Anaknya hidup dan membesar di Kunak dan Ibunya pula di Sandakan. Kita tidak tanya sebab apa, tapi ibunya balik-balik menangis dan bercakap dengan mayat anaknya.

Nak beginilah kalau hidup kita miskin. Nak beginilah kalau hidup kita miskin. Berulang ulang, ibunya cakap begitu. Kami apa lagi menangis jugalah dalam van ketika itu. Tambah memiluhkan lagi. Bilang mamanya, kami sebenarnya baru saja bertemu genap 1 bulan hari ini. Dalam tempoh itu pun anak saya koma di hospital. Maknanya dalam tempoh 11 tahun tu. Sebulan saja dua beranak ni dapat bertemu itu pun dalam tempoh itu anaknya sakit dan koma. Kemudian si anak meninggal dunia.

Apa tidaknya meraung makcik tu tidak henti-henti. Dari cerita ini apa sebenarnya ibrahnya teman-teman. Pertama, saya hormat arwah ni. Walaupun masa kecilnya tanpa kasih sayang ibu, dia tetap juga mencari ibunya. Hinggalah kematian yang memisahkan mereka. Kedua, apapun dosa ibu bapa kepada kita. Mereka tetap ibu bapa kepada kita. Soal nafkah, kasih sayang dan tanggungjawab ibu bapa yang diabaikan oleh mereka. Kalau boleh kita halalkan saja lah. Tanpa mereka kita tidak akan dapat melihat bumi dan segala isinya. Dan mungkin juga faktor kemiskinan yang menyebabkan mereka terpaksa memberikan kita kepada orang lain untuk dijaga. Dan sebab itu jugalah kenapa si ibu selalu bercakap. Nak beginilah kalau hidup kita miskin. Semoga arwah tenang di sana. Kasihanilah dia dan ibunya ya Tuhan.

Sumber: Abam Botak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×