Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, hari ini, telah mengeluarkan sebuah infografik mengenai 12 inisiatif terbaru di peringkat sekolah menerusi akaun Facebook miliknya. Antara 12 inisiatif tersebut ialah Kementerian Pendidikan Malaysia akan berusaha memperbaiki masalah ‘mutual distrust’ antara ibu bapa dan guru.
Senarai 12 inisiatif terbaru peringkat sekolah
Inisiatif untuk kemudahan dan kebaikan warga sekolah ini akan dilaksanakan bermula Januari tahun hadapan. Antara 12 perkara yang diambil kira adalah setiap sekolah akan ada Manual Nilai yang dibacakan di setiap perhimpunan.
Selain itu, Dr Maszlee Malik juga mahu Pendidikan Sivik diperkenalkan disamping berusaha membaiki masalah ‘mutual distrust’ antara ibu bapa dan guru.
Telefon bimbit dibenarkan
Menerusi infografik yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan itu juga, penggunaan telefon bimbit atau telefon pintar akan dibenarkan di sekolah. Namun penggunaannya adalah hanya untuk membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran semata.
Pendidikan untuk semua
Bagi kanak-kanak yang tidak memiliki status kewarganegaraan pula, mereka dibenarkan bersekolah bermula tahun 2019. Ianya merupakan satu inisiatif yang bagus kerana ilmu itu adalah untuk semua.
OKU friendly
Kementerian Pendidikan juga tidak memandang remeh terhadap kemudahan untuk warga orang kelainan upaya (OKU). Selari dengan itu, salah satu inisiatif tersebut adalah menjadikan sektor pendidikan OKU friendly.
Antara lain, budaya ‘hero teachers’ akan dipopularkan kembali untuk meningkatkan pengiktirafan profesion guru. Yang paling penting, isu sekolah daif juga akan diselesaikan supaya setiap pelajar dan guru mendapat keselesaan semasa proses belajar.
Sumber: Dr. Maszlee Malik