Malam berprestij TikTok Awards Malaysia kembali lagi untuk tahun 2024 dengan membawa tema ‘Realisasikan Impianmu’.
Artikel Berkaitan: Angkat Tema ‘Realisasikan Impianmu’, TikTok Awards 2024 Kembali Lagi Pada Ogos Ini!
Artikel Berkaitan: TikTok Awards Kini Kembali! Siapakah ‘Creator of the Year’ Pilihan Anda?
TikTok Awards Malaysia 2024 akan menampilkan dua segmen utama iaitu Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice).
Pilihan Juri (Judge Pick)
Beauty & Fashion Creator of the Year yang terdiri daripada aisharahim07, ashyyedward, azfarherii, cheesusus, jpbrinx dan nynabukater.
Seterusnya pencipta kandungan yang tercalon bagi kategori Education Creator of the Year adalah aminxabid, eizuwan, financialfaiz, lawyersresponse, nuraezzatie dan professionalbimbo.
Entertainment Creator of the Year pula adalah abang_shah_, achikmael, kanafly, lyanafitry, shahril_pencintamuvee dan shiltoklady
Food Creator of the Year terdiri daripada enam calon iaitu ananthancharan, hishamraustv, hungrysam_oe, inshaneats, soyabelacan dan tang_guo12.
Selain itu pencalonan di bawah kategori Pilihan Juri (Judge’s Pick) adalah Gaming Creator of the Year, Sports Creator of the Year dan Animation Creator of the Year
Pilihan Popular (People’s Choice)
Pencalonan bagi kategori Celebrity of the Year adalah amsyar_leee, bellaastillah, hairul_azreen88, meerqeen, nabila.razalii dan sitikhadijahhalim_
Manakala bagi kategori Creator of the Year pula chesayang_kitchen, daddyhood_, msqiwiie, ryanbakery, sfeashraa dan sofyank96.
Seterusnya pencipta kandungan yang tercalon bagi kategori Video of the Year adalah agy.official, aisharahim07, amsyar_leee, msqiwiie, nazrulfaiz888 dan theblacksyndicatemy.
Selain itu antara pencalonan lain di bawah kategori Pilihan Popular (People’s Choice) adalah TikTok LIVE Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year.
Bagi kategori Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada Khairul Aming, pengurus besar TikTok untuk operasi kandungan Asia Tenggara Angga Anugrah Putra dan ketua pegawai eksekutif Rangkaian TV Media Prima dan Primeworks Studios Nini Yusof.
Manakala bagi Pilihan Popular atau (People’s Choice) yang terdiri daripada 5 ketagori iaitu Creator of the Year, Celebrity of the Year, Video of the Year, TikTok LIVE Creator of the Year dan juga TikTok Shop Creator of the Year boleh diundi Di SINI bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024.
Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).
Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli DI SINI.