berita

12 Tips Menyimpan Wang Cara Orang Kaya Yang Kita Kena Ikut

September 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kewangan & Pelaburan

Menabung adalah satu amalan menyimpan sebahagian wang untuk kegunaan di masa depan. Sebenarnya, banyak teknik menabung dengan cara mudah dan boleh dipraktikkan bagi korang yang liat menyimpan wang.

Pengguna Facebook, Mohd Fhais berkongsi teknik menyimpan wang cara orang kaya yang boleh membantu semua individu menikmati kesenangan pada masa hadapan.

Belanja ikut kemampuan

1 – Mereka selalu tangguh sehari sebelum nak beli sesuatu.

Tujuannya untuk melihat samaada itu kehendak atau keperluan. Jika hari berikutnya masih tak rasa keperluan untuk beli mereka cancel terus.

2 – Sentiasa elak dari berhutang

Belanja ikut kemampuan bukan keupayaan untuk berhutang. Ukur tunai di dompet sendiri bukan dompet orang lain.

3 – Displin mengurus kewangan dan ikut 50/30/20 rules

Duit ni berhantu. Jadi kalau tak nak hidup dalam ketakutan kena ada displin yang kuat. Sentiasa ikut 50/30/20 rules untuk berbelanja. 50% untuk belanja, 30% pelaburan diri manakala 20% simpanan masa hadapan.

4 – Invest pada sesuatu yang boleh bantu naikkan pendapatan bukan naikkan imej

Imej segak tapi pendapatan sengkek pun tak bermakna. Contoh pelaburan yang bagus ialah ilmu. Bila ilmu ada, duduk rumah pun boleh jana pendapatan.

Cabar diri buat benda baru

5 – Tak buang masa buat sesuatu yang dia tak mahir

Kalau tak mahir buat sesuatu, upah je orang lain buat jika boleh jimatkan masa dan kurangkan mental distress. Duit boleh cari tapi masa tak ada di jual kat mana-mana.

6 – Utamakan pengalaman hidup berbanding pengalaman gembira

Tak takut untuk keluar dari “Zon Selesa” dan cabar diri buat sesuatu yang baru. Ini cara orang kaya sentiasa upgrade hidup mereka.

7 – Hutang, bil dan komitmen selalu di utamakan sebelum berbelanja

Dapat gaji terus bayar hutang, bil dan komitmen. Ada baki baru fikir untuk belanja. Belanja boleh tunggu, tapi hutang kalau tak bayar ada interest.

8 – Rancang pembelian setahun

Orang kaya tak membeli ikut nafsu sebaliknya mereka membeli ikut perancangan. Dari awal tahun lagi mereka dah rancang nak beli apa, kenapa nak beli, di mana nak beli dan masa bila nak beli. Dah siap kalender “sales” setahun tau!

Kawal keinginan untuk berbelanja

9 – Work hard and play hard

Prinsip orang kaya tak ada istilah ada rezeki dapat kalau tak ada rezeki tak dapat. Mereka buat sungguh sungguh, kalau main pun main sungguh sungguh.

10 – Boleh kawal keinginan untuk berbelanja

“Self Control” mereka tinggi sebab itu mereka boleh ada displin dan kawal keingginan untuk berbelanja walaupun duit banyak.

11 – Value wang tak terletak pada nilai

Orang kaya tak pernah nampak value wang tu terletak pada berapa nilai wang tersebut sebaliknya value sebenar adalah pada manfaat yang mereka akan dapat dari wang tu. Kadang kadang manfaat yang tinggi boleh dapat dengan nilai wang yang kecil je.

12 – Orang kaya sayang setiap benda yang dia beli

Orang kaya tak pernah membazir. Mereka sentiasa sayang pada apa sahaja yang di beli. Mereka tak pernah buang apa yang di beli!

Majulah kewangan orang kita!

Sumber: Mohd Fhais

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×