berita

‘Sijil Mati & Surat Nikah Tak Cukup Untuk Keluarkan Duit Arwah’ – Wanita Kongsi Kepentingan Penama KWSP

November 14th, 2019 | by Shahira
Kewangan & Pelaburan

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa meletakkan penama akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu difikirkan. Hal ini kerana mereka berfikiran bahawa segalan urusan peninggalan tersebut akan diuruskan waris dan ada juga yang menganggap ianya akan diwarisi oleh isteri atau suami secara automatik. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak boleh diambil mudah.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Siti Zainab Abd Raof ada berkongsi mengenai kepentingan penama dalam akaun KWSP.

Arwah tidak letakkan penama

‘Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya. Ini dia sijil kematian suami saya.’ ‘Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?’ tanya pegawai yang bertugas di kaunter.

‘Kenapa perlu surat kuasa pulak tuan. Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?’ soalan dibalas dengan soalan. ‘Mengikut dalam sistem kami, arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau.’

‘Apa? Kenapa macam tu pula. Sijil kematian dan surat nikah ini tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?’ Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.

‘Maaf puan. Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan. Jika berlaku kematian tanpa penama, kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA (letter of admin) jika tidak berwasiat. Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan.’ Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.

Sijil kematian tidak laku

Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka. Tambahan pula, jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.

Korang tahu tak surat kuasa itu apa? Sila ingat ya. Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak laku untuk membuat pentadbiran harta pusaka. Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si mati. Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.

Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut? Senang tapi tak mudah juga sebenarnya. Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.

Tak nak turun? Boleh saja. Tunjukkan borang DDA (dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid. Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.

Harta si mati melebihi RM 2 juta yang lagi haru. Masalah tau! Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi. Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta juga. Kos siapa nak tanggung? Jawapannya ialah waris. Susah juga kan.

Kemaskini akaun

Nak senang cerita, semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita. Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak, harta dapat ditadbir dengan cepat.

Sila semak semula penama EPF kalian. Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB. Kemaskini jika penama sudah meninggal. Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.

Tapi, harus diingat! Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank, pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama. Rumah, kereta, tanah dan lain-lain. Jadi, masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.

Sumber: Siti Zainab Abd Raof

SKIP THIS AD ×