berita

13 Hari Bertarung Nyawa Di Wad ICU, Doktor Kongsi Detik Cemas Berdepan Covid-19

December 29th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Tak dapat dibayangkan bagaimana pesakit Covid-19 melawan virus misteri ini, lebih-lebih lagi sehingga kini belum ada ubat yang mampu menyembuhkan penyakit berjangkit ini. Di Facebook, seorang doktor kongsi pengalaman disahkan Covid-19 selepas jumpa pesakitnya di tempat beliau bekerja. Pada awalnya beliau hanya mengalami gejala seperti deman dan sakit urat. Kemudian keadaannya semakin teruk sehingga beliau terpaksa dimaksudkan di ICU dan berdepan dengan kematian. Takutnya..

Jumpa dengan pesakit Covid-19

Pada awalnya beliau dinasihatkan agar kuarantin di rumah selepas salah seorang pesakitnya disahkan positif Covid-19. Namun pada hari ke lima kuarantin,  beliau mula mengalami gejala-gejala Covid-19 dan mula mengambil ubat. Pada ketika itu, beliau dapat merasakan bahawa beliau positif Covid-19.

Keputusan negatif pada awalnya

Walaupun disahkan negatif, beliau ditahan di hospital memandangkan gejala-gejala yang dialaminya. Di dalam wad, beliau mula mengalami gejala yang lebih teruk sehinggakan tidak boleh bernafas. Doktor membuatkan keputusan untuk membawa beliau ke wad ICU untuk dirawat dan dipantau dengan lebih rapi.

Bayangkan ahli keluarga beliau menerima panggilan dari doktor memaklumkan bahawa beliau dalam keadaan kritikal dan berkemungkinan boleh menyebabkan maut.

13 hari di ICU

Selepas 13 hari bertarung nyawa di wad ICU, akhirnya keadaan doktor ini mula stabil dan membolehkan beliau dipindahkan ke wad biasa. Walaupun begitu, doktor menasihatkan agar sentiasa menjaga penafasan memandangkan keadaan dirinya tidak sembuh sepenuhnya.

Selepas 20 hari di hospital, akhirnya doktor ini dibenarkan pulang dan akan menjalani pemeriksaan bulanan. Akhir kata, doktor menasihatkan agar orang ramai sentiasa patuh pada SOP kerana wabak ini tidak mengenal orang.

Sumber : Dalvin

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×