Eh, lagi berapa hari je lagi nak raya lah. Haa..mesti korang dah tak sabar nak balik raya. Baju raya, kuih raya semua dah prepare, tapi kulit muka korang masih kusam dan tak berseri. Takkanlah pagi raya nanti orang lain semua meletop tapi korang sorang je masih sama dengan kulit tak bermaya tu.
Haa..mesti korang tak nak kan? Kalau macam tu, jom usya antara produk-produk yang kami nak kongsikan untuk korang nampak cun habis raya ni!
1. Malam raya, make sure pakai SNP Jade Soothing Ampoule Mask ni dulu!
Malam raya tu, sebelum korang dah ready nak tidur, jangan lupa prep kan wajah korang dengan face mask. Barulah esok bila bangun muka nampak segar dan berseri.
Kami cadangkan, korang cuba SNP Jade Soothing Ampoule Mask ni. Diformulasikan dengan ekstrak teh hijau dan sodium hyaluronate. Ia membantu untuk melembut, melembab serta mencerahkan kulit yang kusam. Ia juga bagus untuk kulit yang sensitif.
2. Sebelum makeup, penting untuk apply Dr.G Aquasis Water Soothing Gel Cream dulu!
Kalau nak makeup korang nampak kemas dan smooth, penting tau untuk apply moisturiser. Barulah foundation yang korang pakai nanti tak bercapuk dan cakey. Haa..kat sini kitorang nak suggest untuk korang cuba Dr.G Aquasis Water Soothing Gel Cream.
Apa yang bagusnya, ia mengandungi Aqua Soothing Water yang meningkatkan kelembapan selama lebih dari 48 jam tau! Krim yang bertekstur water gel ni memang tak melekit, ringan dan terus menyerap lepas je korang apply ke kulit. Bila keluar beraya waktu panas terik dan muka korang kemerah-merahan sebab sunburn, tak payah risau dah sebab Dr.G Aquasis Water Soothing Gel Cream ni boleh bantu kurangkan kerengsaan kulit.
3.Gosh Primer Plus + Skin Adaptor Anti-Pollution
Penat makeup berjam-jam di pagi raya tu, mestilah kita nak makeup kita tahan lama dan nampak sekata kan. Haa..masa nilah Gosh Primer Plus + Skin Adaptor Anti-Pollution datang sebagai penyelamat! Korang nak tahu tak, Gosh Primer ni sesuai untuk semua jenis tona kulit dan akan bagi kulit muka korang nampak lembut, sihat dan glowing gitu!
4. Cyber Colors SPF50+PA++++ Black Label Essence Cover Stick Foundation
Ni memang antara favourite admin! Dah lah senang nak bawak sebab foundation ni jenis stick. Lepas tu, teksturnya yang creamy boleh beralih kepada tekstur powder untuk jadi kemasan matte finish. Nak blend pun mudah sangat dengan berus yang disediakan. Kalau korang nak jadikan concealer dan base sebelum pakai lipstick pun boleh!
Serius cakap admin memang in love dengan foundation ni. Mengandungi Germany Chamomilla Recutita (Matricaria), ekstrak bunga dan ekstrak rosemary, ia bukan je dapat cover parut dan bintik-bintik kat muka, tapi dapat kekalkan kelembapan kulit, tahan lama dan jadikan muka korang nampak flawless!
Memang sesuai untuk kegunaan harian korang. Nah, tengoklah hasilnya! Admin pakai kod #02 Natural.
5. Cyber Colors Anti-Shine Prime Powder
Selalunya bila makeup, orang akan lebih pentingkan contouring atau highlight dan selalu lupa untuk “baking”. Bagi korang yang tak tahu, baking ni penting untuk set foundation dan concealer, terutamanya kat bahagian bawah mata. Pilihan admin, mestilah Cyber Color Anti Shine Prime Powder ni.
Bedak ini juga boleh dijadikan sebagai primer, di mana ia akan pudarkan garisan halus, kedutan dan liang pori. Teksturnya yang ringan akan nampakkan makeup korang natural, segar dan tahan lama. Memang flawless lah wajah korang raya ni!
6. Cyber Colors Glam Eye Foil
Weh korang, eyeshadow Cyber Colors Glam Eye Foil ni memang onz! Kesan shimmer dan glitter ni memang boleh buat mata korang nampak menyerlah. Kalau rasa nak glamor-glamor time raya nanti, bolehlah try eyeshadow ni. Dahlah senang gila nak apply, guna jari pun boleh. Tak payah susah-susah nak blend dengan berus segala.
Kod-kod warna pun memang ngam. Kalau korang rasa nak nampak bold, pilihlah kod #02 Metallic Bronze, kalau nak nampak manis-manis, boleh try kod #03 Rose Gold.
7. theBalm What’s The Tea? Eyeshadow Palette
Haa..ini adalah eyeshadow palette pertama dari theBalm yang lengkap dengan primer. Bukan satu, tapi dua primer dan ada 9 warna eyeshadow berbeza yang memang pigmented!
Nampak tak tu, calit sikit je dah lekat. Kami cadangkan sebelum pakai eyeshadow, korang apply dulu primer ni untuk hasil yang gempak dan pemakaian yang tahan lama.
Admin dah try, memang recommended!
8. Anas Ultra Madness Mascara
Rasanya tak lengkap solekan mata korang kalau takde mascara kan? Mascara ni penting tau untuk bagi mata korang nampak stand-out. Kalau tak pakai eyeshadow, pakai mascara je pun dah nampak wow! Lepas ni, kalau korang nak beli mascara, tolonglah beli Anas Ultra Madness Mascara ni sebab memang best teruk!
Sesuai dengan namanya, Anas Ultra Madness Mascara ni memang pakar dalam memanjang, melentik dan melebatkan bulu mata. Paling best, ia direka dengan berus ‘bristles‘ panjang yang mampu meliputi setiap helai bulu mata dalam menghasilkan kelebatan maksima dengan hanya sekali sapuan. Tak bergumpal langsung. Nampak kemas dan cantik!
9. Gosh Strobe ‘N Glow #002 Blush
Hanya 1 produk, tapi korang akan dapat 4 warna. Haa..kan best tu. Admin memang minat betul dengan highlight Gosh Strobe ‘N Glow ni. Kod #002 untuk highlighter ini datang dengan empat gabungan warna serba glamor iaitu warna holografik putih merah jambu, dua warna shiny coral dan satu lagi warna matte merah jambu tua.
Tengok pun tahu, tekstur Gosh Strobe ‘N Glow ni lembut dan creamy. Hah, bukan sekadar highlighter, tapi kalau korang nak buat jadi eyeshadow dan blusher pun boleh. Senang nak angkut bila balik kampung.
10. Gosh Lumi Drops Illuminating Highlighter
Ni satu lagi highlighter yang kami highly recommend! Senang cerita, kalau korang apply je Gosh Lumi Drops Illuminating Highlighter ni, sebatu jauhnya orang dah boleh nampak korang. Tekstur dia walaupun creamy tapi tak melekit dan tak nampak over. Kiranya on-point lah!
Lagi satu tips, kalau korang nak glowing satu wajah, korang boleh drop kan satu titik Gosh Lumi Drops Illuminating Highlighter dalam foundation. Sure korang akan glowing hari raya nanti.
11. ARTDECO Full Matte
Lepas dah siap pakai foundation, eyeshadow, highlighter semua, akhir sekali mestilah kena sempurnakan makeup korang dengan lipstick! Sekarang ni, trend makeup matte tengah in! Haa..ni admin nak share dengan korang lipmatte yang admin suka!
ARTDECO Full Matte ni mempunyai tekstur yang lembut dan sangat pigmented! Lepas tu, ia cepat kering menjadi kemasan matte dan tahan lama. Tapi, ia takkan keringkan bibir korang tau.
12. Color Combos Be You Lipgloss
Akhir sekali, sempurnakan wajah korang dengan lipgloss! Kalau korang nak tahu, Color Combos Be You Lipgloss ni adalah matte tau. Tapi ia sangat lembut dan selesa dipakai. Sesuai kalau korang nak pakai bila-bila masa pun sebab ia tak mengeringkan bibir dan tahan lama.
Yang penting, ia diformulasikan untuk mengekalkan kelembapan pada bibir korang dan tidak mengandungi paraben. Selamat!
13. Marina De Bourbon Crystal Royal Rose EDP
Kulit dah cantik, makeup dah on-point, mestilah kena wangi-wangi kan! Haa..meh admin nak perkenalkan kat korang perfume yang memang wangi dan berbau mewah! Marina De Bourbon Crystal Rose EDP ni adalah wangian dari Perancis dan dicipta di Paris tau.
Untuk pengetahuan korang, duta wangian ni adalah Princess Marina de Bourbon Parme sendiri tau. Memang kalau korang sembur je perfume ni, mesti orang tertanya-tanya perfume jenama apa yang korang pakai ni sebab bau dia memang mewah, klasik dan elegan.
Kat mana nak dapatkan semua ni? Mestilah di SASA!
Produk-produk awesome yang admin dah share dengan korang ni semuanya ada di SASA tau. Kat SASA ni segala macam produk kecantikan, alat kosmetik dan barangan penjagaan diri ada. Kalau masuk SASA gerenti korang akan rambang mata dan rasa nak beli semua!
Yang penting, semua barangan di SASA adalah original! Yelah, cantik-cantik jugak, tapi kena sayang muka tu dan elakkan dari membeli produk tiruan dan tiada kelulusan KKM. Nanti, kulit muka rosak, menangis pun dah tak guna sis. Bab harga jangan risau, sebab SASA selalu buat promosi.
Haa..kalau nak cantik berseri dan meletop raya ni, pastikan korang cuba produk-produk yang kami dah review ni tau. Confirm koranglah yang paling vogue raya nanti!
Untuk lebih banyak update tentang promosi, diskaun dan produk terbaru, korang jangan lupa layari laman web SASA hari ini juga!