berita

13 Tahun Didera, Dikurung….

October 12th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kanak-kanak merupakan insan yang sangat memerlukan bimbingan dan sepenuh kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka ini umpama ‘malaikat’ kecil yang hadir di dunia untuk memberikan sinar kebahagiaan dalam sesebuah keluarga.

Namun, ini kisah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Genie Wiley, apabila dia dilayan ibarat seekor ‘binatang’ oleh bapanya. Kisah ini berlaku sepanjang 1957 sehingga 1970. Kejamnya!

Sejarah keluarga Genie Wiley

Genie Wiley dilahirkan pada 18 April, 1957 di Arcadia, California. Dia merupakan anak kepada pasangan Clark Miley dan Dorothy Irene Wiley. Clark ketika kecil dibesarkan di rumah anak yatim di Amerika Pasifik Barat Laut, sejurus bapanya meninggal dunia ibunya mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah rumah pelacuran. Manakala, Dorothy mempunyai masalah penglihatan sejak kecil dan kesihatan matanya kian merosot tahun demi tahun. Berikutan masalah penglihatan yang dihadapinya, dia betul-betul mengharapkan suaminya. Perkahwinan pasangan ini pada mulanya agak suram, Clark ketika itu langsung tidak membenarkan Dorothy untuk keluar dari rumah, malahan isterinya sering dipukul tanpa belas kasihan.

Pasangan ini tidak pernah merancang untuk mempunyai sebarang anak kerana Clark tidak suka akan bunyi bising. Namun, setelah perkahwinan mereka melonjak lima tahun, atas rezeki yang dikurniakan Dorothy telah disahkan hamil anak sulung. Tetapi malangnya, walaupun sedang sarat hamil, Clark tetap memukul isterinya sehingga lahirnya seorang bayi perempuan yang sihat. Tetapi, bayi perempuan itu mati kesejukan ketika berusia 10 minggu akibat ditinggalkan di garaj. Clark bertindak sedemikian kerana terganggu dengan tangisan bayi itu. Setelah setahun kejadian itu berlaku, Dorothy kembali hamil tetapi malangya anak keduanya meninggal dunia akibat komplikasi dan seterusnya lahir anak ketiga mereka iaitu John. Kemuncaknya, Genie Wiley dilahirkan dan menjadi anak bongsu kepada pasangan ini.

Pasangan ini menganggap Genie terencat akal disebabkan perkembangannya yang agak lambat berbanding kanak-kanak lain ketika itu. Ketika dia berusia 20 bulan, neneknya telah meninggal dunia akibat kemalangan langgar lari, namun suspek tersebut tidak dikenakan tindakan yang sewajarnya. Berikutan insiden hitam itu, Clark bertindak mengurung Genie di sebuah bilik di belakang rumahnya dengan alasan yang tidak munasabah kerana takut anaknya pula menjadi mangsa ‘kerakusan kekejaman’ dunia. Tambahan pula, Genie disorok seumpama itu kerana tidak mahu sesiapa tahu akan kewujudannya.

Abangnya John, tidak dikurung seperti Genie namun mereka berdua tetap menerima nasib yang sama apabila turut didera tanpa belas kasihan.

Bilik kurungan ‘neraka’

Foto: Mirror UK

Disebalik bilik kurungan itu, tiada siapa pernah menduga bahawa Genie akan diperlakukan sedemikian rupa, kejamnya! Dia akan diikat pada sebuah kerusi hampir 13 jam pada waktu malam, dia akan dimasukkan ke dalam beg tidur dan diletakkan di dalam katil bayi. Genie juga turut diberi amaran supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi dan membuat sebarang pergerakan jika tidak mahu dipukul oleh Clark. Terdapat juga teori yang menyatakan Genie kadang-kadang akan dikurung di tandas semalaman.

Clark menganggap dirinya sebagai penjaga anjing dan akan menyalak seperti anjing liar kepada Genie, lagi kejam apabila dia turut menyimpan kukunya yang panjang demi mencakar Genie ketika itu. Genie ibarat bisu ketika itu, kerana takut dipukul oleh bapanya. Setelah dikurung, Genie hanya diberikan makanan persis seorang bayi, antara menu kelazimannya ialah makanan bayi, bijiran dan telur rebus. Makanan tersebut akan ditonyoh ke mukanya jika dia gagal untuk menelan makanan tersebut dengan cepat. Genie ketika itu bukan sahaja didera oleh Clark, malahan abangnya John, turut menderanya akibat dipaksa oleh Clark.

Si ibu ketika itu hanya mampu berpeluk tubuh dan tidak mampu berbuat apa-apa, kerana keadaan matanya yang semakin kabur. Clark dari awal sudah memberi amaran kepada mereka semua untuk memberitahu perkara ini kepada orang ramai dan turut diugut ancaman bunuh jika berani keluar dari rumah ‘neraka’ itu. Jiran-jiranya langsung tidak tahu akan kehadiran Genie dan hanya tahu pasangan ini mempunyai seorang anak sahaja iaitu John.

Genie yang terkurung bertahun lamanya di dalam bilik tersebut didapati cenderung untuk melakukan onani. Terdapat teori yang mengatakan Genie turut didera secara seksual yang menyebabkan dia menjadi ketagih untuk onani.

Episod ‘kantoi’ bermula

Foto: Dang Anum

Rumah tangga Clark dan Dorothy ketika Oktober 1970, berlaku pergaduhan besar antara mereka berdua. Dorothy ketika itu bertekad untuk melarikan diri bersama Genie, yang ketika itu berusia 13 tahun 6 bulan ke rumah ibu bapanya yang terletak di Montery Park semasa suaminya tiada di rumah. John ketika itu sudah keluar dari rumah tersebut dan tinggal bersama rakannya.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila Dorothy ketika itu hendak memohon bantuan disebabkan kecacatannya tetapi tersalah masuk ke dalam pejabat perkhidmatan sosial. Kejadian ini berlaku pada 4 November, bermula di pejabat itulah segala kegiatan jahat Clark diketahui oleh pihak berkuasa. Clark dan Dorothy telah ditangkap dan didakwa atas salah laku yang telah dilakukan kepada Genie.

Namun, sebelum sempat hukuman dijatuhkan kepada Clark pada 20 November, dia bertindak membunuh diri dan pihak polis ketika itu menjumpai dua nota yang berasingan.

Jadi anak yang baik, saya sayang awak

Dunia tidak akan pernah memahami

Dakwaan dera kepada Dorothy digugurkan oleh pihak hakim kerana keadaan dirinya yang buta ketika itu dan pada masa yang sama turut menjadi mangsa kekejaman suaminya sendiri.

Dikenali sebagai ‘The Bunny Hop’

Ketika Genie dijumpai, walaupun sudah berusia 13 tahun tetapi dia kelihatan seperti kanak-kanak yang berusia lapan tahun. Dia berjalan tidak ubah seperti arnab, air liurnya yang tidak dikawal dan sering meludah-ludah menarik perhatian orang ramai. Genie ketika itu telah ditempatkan di dalam wad Hospital Kanak-Kank UCLA. Pakar turut menyatakan bahawa Genie merupakan kanak-kanak paling malang di dunia yang pernah mereka jumpai. Genie ketika itu tidak mampu bertutur seperti remaja biasa dan masih memakai lampin walaupun sudah berusia 13 tahun.

Ketika siasatan dibuat, Genie ketika itu menggambarkan tindakan kejam bapanya terhadap dirinya

Bapa pukul dengan kayu besar, Gennie nangis ketika itu, dan bapa meludah.

Dari tahun 1971 sehingga tahun 1975, Dr David Rigler menubuhkan satu pasukan yang menjadikan Genie sebagai bahan uji kaji mereka. Hasil kajian yang dilakukan, Genie ketika itu sangat memerlukan tumpuan dan kasih sayang. Setelah kejadian itu berlaku, Genie telah dijaga dengan beberapa keluarga angkat yang memberikan sepenuh kasih sayang kepadanya. Namun, dia juga pernah didera oleh salah seorang keluarga angkatnya disebabkan dia muntah ketika itu. Berikutan insiden tersebut, Genie tidak lagi bercakap. Menurut Susan Curtiss, yang turut menjalankan kajian terhadap Genie menyatakan Genie merupakan seorang remaja yang cantik walaupun tingkah lakunya yang agak pelik.

Selepas ibunya melakukan pembedahan mata, ibunya ingin kembali menjaga Genie dengan alasan anaknya dijaga oleh orang ramai kerana menjadi bahan uji kaji. Pada tahun 1984, Susan yang sering berhubung dan mengambil berat terhadap Genie telah dilarang untuk mengunjunginya lagi.

Kini jika Genie masih hidup dia berusia 63 tahun, dan sehingga kini tiada siapa tahu tentang keberadaannya. Dorothy telah meninggal pada tahun 2003 dan John meninggal pada tahun 2011. Penderaan yang berlaku secara berterusan kepadanya membuatkan dia tidak pernah merasa ‘nikmat’ menjadi seorang kanak-kanak normal seperti orang lain. Episod hitam yang dilaluinya memberikan 1001 satu pengalaman perit yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Kisah benar diadaptasi

The Power of The Human Spirit Is Unspeakable

Kisah Genie ini telah diadapatasi menjadi sebuah filem bertajuk MockingBird Dont Sing yang dikeluarkan pada tahun 2001. Filem ini merupakan filem arahan Harry Bromley Davenport.

Sumber:  Mirror UKDang Anum &Allthatinteresting

SKIP THIS AD ×