berita

1310 Jemaah Hadir Solat Jumaat Di Masjid Subang Digesa Buat Ujian

October 10th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyeru kepada para jemaah yang telah hadir solat Jumaat pada 2 Oktober 2020 di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang untuk tampil dan segera melakukan saringan di klinik kesihatan yang berhampiran  selepas salah seorang jemaah disahkan positif Covid-19.

Jemaah positif

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut terpaksa menangguhkan solat Jumaat, solat fardhu lima waktu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang bermula waktu Asar pada 8 Oktober sehingga diberitahu kelak.

Menurut Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad penangguhan itu dilaksanakan berikutan seorang jemaah yang hadir solat Jumaat pada 2 Oktober lalu didapati positif Covid-19.

Mengikut rekod, bilangan jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari itu seramai 1,310 orang.

Oleh itu, Jais menyeru kepada jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari berkenaan di masjid itu tampil segera melakukan saringan di klinik kesihatan berhampiran sekiranya bergejala atau melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Terpaksa tutup

Perkara itu juga akan dibincangkan dengan terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penilaian dan Pengawasan SOP Masjid & Surau.

Mesyuarat akan dipengerusikan saya untuk keputusan selanjutnya mengenai kedudukan masjid ini dalam masa terdekat. Buat masa ini, Jais hanya membenarkan tiga petugas dari kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa untuk mengumandangkan azan dan melaksanakan solat fardhu.

Walaubagaimanpun, segala kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sudah dilaksanakan oleh pihak pentadbir masjid sejak semalam.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×