berita

138 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19, Bukan Berpunca Daripada Mengendalikan Pesakit

April 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa angka petugas kesihatan yang dijangkiti wabak Covid-19 di negara ini bertambah sehingga 138 kes.

138 petugas positif Covid-19

https://www.youtube.com/watch?v=u5TUtVj0fV4

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan tersebut bukan berpunca daripada pengendalian kes Covid-19. Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 dan unit rawatan rapi (ICU) di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, 58 kes iaitu 42 peratus berkaitan dengan majlis perkahwinan yang dihadiri oleh indivdu yang menghadiri perhimpunan tabligh di Seri Petaling. 14 kes berkaitan pesakit Severe Acute Respiratory Infection dan 2 kes bergejala ringan. Manakala, 9 kes mempunyai kontak positif dengan keluarga yang hidap Covid-19, 6 kes sejarah melawat di luar negara dan 4 kes yang mempunyai kontak dengan rakan yang postif .

Di samping itu, 3 kes melibatkan pendedahan semasa aktiviti saringan dan 2 kes perhimpunan tabligh. Baki 42 kes lagi masih dalam siasatan.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×