berita

142 Lokasi Di Selangor Dijangka Kerap Mengalami Banjir Sehingga Mac 2019

November 13th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Banjir dan banjir kilat dijangka berlaku lebih kerap di 142 kawasan di Selangor berikutan fenomena Monsun Timur Laut bermula bulan ini sehingga penghujung Mac depan. Antara kawasan terbabit ialah Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam; Pekan Ijok, Kuala Selangor; Kampung Sungai Tua, Gombak dan bekas tapak Plaza Tol Sungai Rasau, Klang.

Hujan lebat

Menerusi laporan Astro Awani, Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, ianya berlaku disebabkan jumlah hujan yang turun antara 210 milimeter (mm) sehingga 310 mm sepanjang tempoh berkenaan.

Sebanyak 142 kawasan di beberapa daerah di seluruh Selangor dikenal pasti berisiko berlaku banjir dan banjir kilat sepanjang tempoh itu.

…dan susulan situasi itu kita telah maklumkan kepada semua daerah agar tindakan penyelenggaraan diambil dengan lebih sistematik termasuk melibatkan Jabatan Perparitan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan.

Pusat pemindahan banjir disediakan

Selain itu, menurut beliau lagi, sekiranya berlaku bencana banjir di lokasi terbabit, sebanyak 536 pusat pemindahan banjir akan dibuka di negeri ini.

Setakat ini kita bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam menghadapi fenomena tersebut.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×