berita

15 Bulan Koma Di Hospital, Lelaki Ini Pelik Bangun Kena Pakai Mask, ‘Saya Tertinggal Apa-Apa Ke?’

April 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ben telah memuat naik sebuah video di mana dia baru sahaja tersedar dari koma. Reaksi Ben selepas mendapat tahu bahawa dunia sedang dilanda wabak Covid-19 turut mencuri tumpuan netizen yang melihat video tersebut.

15 bulan koma

Menurut Ben, dia terlantar koma sejak 15 bulan yang lalu. Sebaik sahaja tersedar, dia terkejut dan tidak tahu mengenai apa yang berlaku sepanjang dia terlantar di hospital. Reaksi Ben yang seolah-olah ‘pelik’ dan memakai pelitup muka ternyata mengundang pelbagai komen daripada netizen. Malah, ada juga individu yang tidak percaya mengenai video yang dimuat naik olehnya.

Handsome young man

Melihat posting sebelum ini, 18 Februari tahun lalu merupakan video terakhir yang dimuat naik oleh Ben. Oleh itu, kemusyiklan yang bermain di dalam fikiran netizen mengenai Ben sedikit sebanyak sudah terjawab. Bahkan, mereka sempat sempat berseloroh dengannya di bahagian komen. Setakat ini, video tersebut sudah mencecah 6 juta tontonan.

Pergi tidur semula

Rata-rata netizen menyuruh Ben untuk tidur semula agar dia tidak perlu mengharungi wabak Covid-19 ini. Netizen juga seolah memahami perasaan Ben yang terpinga-pinga untuk mendapatkan penjelasan mengenai wabak tersebut.

Sumber: Ben

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×