Seorang lelaki bergelar suami ditahan polis selepas disyaki membunuh isterinya selepas mengetahui wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga melahirkan empat anak.
Artikel Berkaitan: Remaja Upah Orang Bunuh Anak Kandung Berusia 3 Tahun
Artikel Berkaitan: Sembunyi Mayat Rakan Sebilik Dalam Almari Baju Selama 2 Bulan Sampai Mereput
Isteri mengaku ada hubungan terlarang
Suspek yang dikenali sebagai Joni akui tidak menyangka bahawa empat anak yang disangka adalah anak kandungnya rupa-rupanya bukan darah dagingnya sendiri sebaliknya adalah hasil hubungan terlarang isterinya, Siti Oktaviana bersama lelaki lain.
Menurut sumber, suspek berasa curiga dengan isterinya selepas melihat wanita itu berdua-duaan dengan lelaki lain. Dia kemudian bertanya kepada isterinya sama ada dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain atau pun tidak tetapi wanita itu tidak memberi sebarang jawapan.
Disebabkan itu, berlakunya perselisihan faham antara mereka. Akhirnya, mangsa membuat pengakuan bahawa keempat-empat anak yang dilahirkannya adalah hasil hubungannya dengan lelaki lain.
Suspek yang berang dengan berita tersebut kemudian menampar isterinya sehingga wanita itu mengugut mahu melaporkan kepada pihak polis.
Kematian sebab objek tumpul
Suspek akhirnya nekad mengakhiri hayat isterinya dengan memukul mangsa. Mangsa dikatakan sempat melarikan diri namun berjaya ditangkap suspek. Suspek kemudian menikam isterinya berkali-kali menggunakan gunting.
Panik melihat keadaan isterinya yang cedera parah, suspek membawa mangsa ke hospital namun mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Semasa soal siasat, suspek mendakwa dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disebabkan itu, isterinya mengalami kecederaan. Tetapi akhirnya terbongkar selepas keputusan bedah siasat menunjukkan bahawa kematian mangsa adalah disebabkan dipukul dengan objek tumpul.
Sebagai info, suspek dan mangsa telah berkahwin selama 16 tahun.
Sumber: Tribunnews