Pelakon kacak, Datuk Aaron Aziz bersama isterinya Datin Diyana Halik menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 beberapa hari yang lalu.
Di Instagram, Aaron meluahkan rasa syukur kerana perkahwinan yang dibina masih lagi bertahan dan tiada sebarang gosip yang melanda sepanjang kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Thank you for loving me
https://www.instagram.com/p/CDZPG_xhhX8/
https://www.instagram.com/p/CDgC6z-herz/
Selain meluahkan rasa syukur, Aaron turut berterima kasih kepada isterinya kerana masih setia disisinya dan menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya. Di samping itu, video majlis akad nikah mereka turut dimuat naik oleh Aaron di akaun Instagramnya.
Peminat Aaron turut membanjiri ruangan komen dan memberi ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat mereka.
Tinggi betul tok kadi hayun tangan
Sumber: Aaron Aziz