berita

’18 Tahun Hidup Tanpa Telefon’ – Remaja Tinggal Dalam Rumah Kotak Syukur Dapat Bantuan

September 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, Raja Shamri, berkongsi kisah mengenai seorang remaja yang tidak pernah memiliki telefon bimbit meskipun usianya sudah menginjak 18 tahun.

Lebih terharu, remaja tersebut tidak pernah meminta sebarang gadjet daripada ibunya. Bahkan, memahami situasi keluarganya yang kurang berkemampuan.

Tidak pernah ada telefon bimbit

Kalian pernah terfikir tak anak lelaki seusia 18 tahun tidak pernah memiliki telefon bimbit? Ya. Anak ini tidak pernah memiliki telefon bimbit apatah lagi memiliki laptop sendiri. Anak kita umur setahun sekarang pun dah pandai “swipe”. Hari ini sebaik sahaja selesai perbincangan pagi bersama Abang Raja, kami terus bergegas ke Kuala Krai untuk menyampaikan amanah menghantar laptop dan telefon bimbit kepada Adik Iskandar, anak Kak Zura.

Sebaik sahaja sampai di Bandar Kuala Krai, kami berjumpa dengan Iskandar yang dibawa oleh Yoe sukarelawan The 3rd force Lakloh untuk membeli kad sim. Capaian internet sangat penting bagi pembelajaran secara atas talian. Iskandar pula maklumlah, anak kampung yang tidak pernah miliki telefon bimbit… Jadi kami bimbing dia untuk beli kad sim dan pelan internet bagi membolehkan dia mengikuti pengajian secara atas talian dengan baik.

Menurut Raja Shamri, Iskandar berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pulau Pinang. Tambahnya, sumbangan masyarakat telah mempermudahkan segala urusan pembayaran yuran dan pendaftaran remaja tersebut. Ujarnya lagi, tindakan susulannya selepas ini adalah untuk memastikan segala keperluan pembelajaran Iskandar berada dalam keadaan sedia. Oleh sebab itu, dia memberi laptop dan telefon kepada Iskandar sempena kelas pertamanya esok.

Bercerita lebih lanjut mengenai Iskandar, Raja Shamri memberitahu remaja tersebut merupakan seorang anak yang baik. Malah, dia tidak meminta-minta sewaktu ditanya mengenai jenis kad sim yang ingin dimiliki. Di samping itu, remaja tersebut seorang yang pandai dan menghormati orang lebih tua.

Rumah tak ada bilik air

Selepas selesai membeli kad sim di bandar, kami segera ingin ke rumahnya. Tapi Iskandar kata kalau petang-petang macam ni ibu dan adik ada kat rumah nenek. Kami tanya kenapa? Dia cakap sebab rumah dia tak ada bilik air. Tersentak juga sekejap, jadi sebelum ni mereka tinggal dalam rumah kotak tu tanpa ada bilik air la? Kalau nak mandi dan buang air kena pergi ke rumah nenek? Ya tidaklah jauh jaraknya. Tapi Agak meruntun jiwa. Kalau orang dulu-dulu bilik air kat luar rumah tapi mereka bilik air pun tak ada!

Sebaik sahaja menerima bungkusan laptop dan telefon baru, Iskandar dilihat begitu teruja. Ibunya mencelah, “Alomg jaga baik-baik harta orang bagi ni. Kita kalau mati hidup balik pun tak mampu nak beli ni. Guna elok-elok”. Sukarelawan kami sempat mengajar sedikit sebanyak bagaimana untuk menggunakan laptop dam telefon yang disumbangkan tersebut. Hari sudah senja, kami perlu segera pulang . Jadi kami sempat bimbing Iskandar secara asas untuk menggunakannya.

Ujar Raja Shamri, ibu remaja tersebut turut mengalirkan air mata semasa mereka memberi sumbangan kepada anaknya. Wanita itu turut memberi nasihat buat anaknya agar tidak leka dengan gadjet yang diterima.

Sumber: Raja Shamri

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×