Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita warga India yang berkhidmat sebagai pembantu rumah menerima nasib malang apabila dia dipercayai tidak dibayar gaji selama tempoh hampir dua tahun. Susulan daripada itu, wanita berusia 26 tahun nekad melarikan diri selepas dikatakan tidak tahan bekerja di rumah tersebut.
Terima laporan daripada orang lain
Sekadar gambar hiasan
Lapor Harian Metro, mangsa menjelaskan dia bertindak melarikan diri dari rumah majikan dan telah dihantar oleh individu yang tidak dikenali sehingga ke pejabat pos. Ujar Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang menjumpai mangsa di kaki lima Pejabat Pos Klang pada 19 September yang lalu.
Siasatan lanjut mendapati mangsa masuk ke negara ini serta berkerja di sebuah rumah di Sungai Kapar selama 19 bulan dan melarikan diri kerana tidak tahan berkerja serta tidak dibayar gaji. Mangsa juga dipukul dengan wayar seterika di peha oleh anak majikannya.
Mangsa kemudiannya diselamatkan dan ditempatkan di Rumah Perlindungan Wanita Damansara selama 21 hari untuk lengkapkan siasatan.
Kini, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap dua wanita warga tempatan (ibu & anak) dan mereka telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2007.
Sumber: Harian Metro