berita

2 Beradik Mangsa Kerakusan Seksual & Dibunuh Kekasih Ibu Sendiri

September 21st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Harapkan pagar, pagar makan padi itu peribahasa yang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki yang bertindak merogol dan membunuh dua anak teman wanitanya. Kejadian terkutuk ini, dilakukan oleh Vitaly Molchanov,  di Yaroslavl Oblast, Russia.

Ketika kejadian, teman wanitanya sedang bekerja dan Vitaly mengambil kesempatan terhadap peluang yang ada.

Bunuh dan rogol anak teman wanita

Foto: The Sun UK 

Vitaly bertindak merogol dan membunuh dua beradik Elena, yang berusia lapan tahun dan Yana berusia 13 tahun. Elena dan Yana dibunuh menggunakan pisau, melalui siasatan forensik yang telah dijalankan pihak polis mendapati kedua-dua mangsa telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh oleh Vitaly.

Mangsa yang dibunuh merupakan anak kepada teman wanitanya, Valentina Saprunova, yang berusia 40 tahun. Valentina dan Vitaly mula berkenalan melalui dating apps sebelum mengambil keputusan untuk tinggal sebumbung sejak sebulan yang lepas.

Tiba-tiba hilang

Gambar sekadar hiasan

Velentina yang bekerja sebagai jururawat terkejut apabila pulang ke rumah dan mendapati kedua-dua anaknya sudah tidak bernyawa manakala teman lelakinya sudah menghilangkan diri.

Tanpa membuang masa, Valentina bertindak untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCYV) menunjukkan Vitaly sudah melarikan diri dari rumah tersebut selepas melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurut jiran tetangga, pasangan ini kelihatan sangat mesra dan seperti orang angau bercinta. Mereka sering melakukan aktiviti riadah bersama sambil berpegangan tangan.

Sudah ditahan polis

Gambar sekadar hiasan

Kini Vitaly, sudah ditahan oleh pihak polis ketika sedang bersembunyi di kawasan semak samun di luar bandar. Video penahanannya juga sudah tular di media sosial. Melalui rakaman video tersebut, Vitaly membuat pengakuan bahawa dia yang membunuh kedua-dua anak teman wanitanya.

Pada mulanya, Valentina langsung tidak mengetahui bahawa teman lelakinya seorang pedofil dan mempunyai jenayah lampau seperti membunuh dan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak.

Kejadian ini hampir sama seperti kejadian 10 tahun yang lepas, Vitaly sudah pernah dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan yang sama iaitu merogol dan membunuh seorang budak yang tidak bersalah.

Sumber: The Sun UK 

SKIP THIS AD ×