berita

2 Hari Gagal Dihubungi, Bau Busuk Bongkar Kematian Pelajar Universiti 29 Tahun Di Serdang

June 29th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pelajar universiti awam jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi universiti di Serdang ditemui meninggal dunia di dalam biliknya.

Mangsa yang berusia 29 tahun ditemui oleh staf, felo, serta pelajar lain yang masuk menggunakan kunci pendua selepas dua hari mangsa gagal dihubungi.

Dua hari gagal dihubungi

Foto: Mohd Redzuan

Ujar Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A.Anbalagan menerusi laporan Sinar Harian, pihaknya telah menerima laporan daripada pusat kawalan universiti berkenaan kira-kira jam 7.45 petang. Difahamkan mangsa mengambil kursus Master Sastera di semester enam (tahun akhir) dan tinggal di bilik kolej seorang diri.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak memakai baju, berseluar panjang dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katil.

Hasil siasatan awal mendapati pintu bilik mangsa berada dalam keadaan berkunci dan tingkap turut tertutup rapat. Barangan berharga milik mangsa seperti komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa masih berada di tempat kejadian.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 4.30 petang oleh saksi kejadian kerana lama tidak berjumpa mangsa. Ketika itu, saksi terbau bau busuk dari bilik mangsa.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×