berita

2 Jam Cikgu Tunggu, Seorang Pelajar Pun Tak Masuk Kelas PdPR

October 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan : IsmaWeb

Umum mengetahui, kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mula dilaksanakan sejak negara dilanda pandemik Covid-19 bagi memastikan para pelajar tidak tercicir. Namun begitu, terdapat kekangan yang dihadapi oleh kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar yang secara tidak langsung akan memberi kesan kepada prestasi pelajar itu.

Pelajar tak masuk kelas

Seperti perkongsian seorang guru menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, menceritakan tindakan pelajarnya yang dikatakan tidak masuk kelas yang dianjurkan menerusi platform Google Meet. Apa yang lebih menyedihkan, apabila guru ini terpaksa menunggu hampir 2 jam namun, pelajarnya sama sekali tidak munculkan diri.

Mengulas lebih lanjut, walaupun sesi kelas tersebut tidak dihadiri oleh pelajarnya, dia masih perlu mengajar dan merakam seperti biasa bagi rujukan para pelajar kelak.

Ya Allah, dari jam 11 tunggu. Tiada satu orang pun pelajar saya masuk. Terpaksa ajar dan rakam untuk rujukan pelajar.

Guru ini turut menceritakan dia mengajar subjek Matematik dan sudah menghantar ‘pesanan’ kepada ibu bapa pelajarnya tetapi, mesej tersebut dikatakan diabaikan.

Saya ajar subjek Matematik untuk SMK. Dah WhatsApp dekat group yang ada ibu bapa. Tapi semua tak reply. Salah ke marah anak diorang dalam group. Sampai ibu bapa tak endah chat saya dalam group.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib yang menimpa guru muda ini dan turut berharap agar dia tidak berputus asa.

Video penuh:

@azskelisnirinterpaksa ajar ja la dan record untuk rujukan student.? N i g h t C h a n g e s – Slowed – DancingRoom

Kesian dekat cikgu

Sumber: Azskelisnirin

SKIP THIS AD ×