berita

2 Kali Hamilkan Bekas Teman Wanita, Kim Hyun Joong Didakwa Tak Bayar Nafkah Anak Selama 8 Tahun

December 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama pelakon Koreo, Kim Hyun Joong kembali menjadi bualan hangat netizen gara-gara tidak membayar nafkah anak selama lapan tahun berturut-turut.

Bekas teman wanita hamil dua kali

Pada tahun 2015, Kim Hyun Joong dilaporkan menjalin hubungan dengan bekas teman wanitanya (Mrs A) sehingga hamil 2 kali. Akibat dikasari, Mrs A mendakwa dia telah mengalami keguguran dan bertindak memfailkan saman berjumlah RM5.4 juta. Berikutan daripada itu, Kim Hyun Joong terus menyepi dari dunia hiburan kerana imejnya tercemar.

Terbaru, Mrs A meluahkan rasa kesal kerana Hyun Joong tidak membayar nafkah anak selama 8 tahun. Ujar Mrs A lagi, Hyun Joong tidak pernah melawat dan berjumpa dengan anak lelakinya yang berusia 7 tahun itu sehingga hujung tahun lalu. Menerusi laporan Allkpop, mahkamah telah memberi arahan agar Hyun Joong perlu membayar RM6.7k setiap bulan kepada Mrs A untuk nafkah anak. Namun begitu, pelakon berusia 36 tahun itu memohon jumlah tersebut perlu dikurangkan kerana gajinya hanya RM237k. Pada masa yang sama, Hyun Joong perlu menanggung seorang cahaya mata yang sah bersama pasangan barunya.

Sumber: Allkpop

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×