Pelakon jelita, Uqasha Senrose berkongsi berita gembira bahawa dia dan suami, Kamal Adli bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Uqasha Senrose hamil
Menerusi perkongsian di Instagram, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen akui gementar bakal melalui fasa baharu dalam hidupnya iaitu sebagai seorang ibu.
Syukur Ya Allah, Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha (Uqasha).
Menerusi hantaran tersebut, Uqasha meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan namun dia memilih untuk merahsiakan perkara tersebut susulan pernah mengalami keguguran sebelum ini. Uqasha bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungannya.
Dari nak jadi isteri dan sekarang gementar untuk jadi ibu pula. Ramai tanya-tanya kenapa Qasha tak jawab-jawab sebab dah gugur jadi Qasha takut. Jadi biarlah Qasha sendiri yang cakap. Doakan yang baik-baik untuk Qasha dan baby. Amin terima kasih yang mendoakan.
Dalam pada itu, Uqasha meluahkan rasa sedih dan kecewa atas tanggapan segelintir individu yang menuduh keluarga ‘Senrose’ tidak mempunyai zuriat.
Jujur saya sedih bila orang cakap kenapa family Senrose semua tak ada zuriat la apa la, bila dapat tau tau ni saya bahagia sangat sebab aturan Allah tu dia Maha mengetahui. Jodoh ajal maut rezeki semua dari Dia.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Uqasha Senrose