berita

2 Lelaki Menyamar Sebagai Pelanggan Sebelum Larikan Telefon Bimbit

January 17th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Dua individu yang bertindak menyamar sebagai pelanggan sebuah kedai alat telekomunikasi telah melarikan dua buah telefon bimbit ketika kejadian di Pasir Putih, semalam (Isnin).

Artikel Berkaitan: Lelaki Ditangkap Curi Seluar Dalam Wanita Untuk Ritual Ilmu Pengasih

Artikel Berkaitan: Nekad Curi Gelang Emas Untuk Langsaikan Hutang Kereta Teman Lelaki, Wanita 22 Tahun Ditahan

2 buah telefon bimbit

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Sinar Harian, kedua-dua suspek dipercayai datang ke kedai terbabit untuk membaiki telefon bimbit sebelum bertindak melarikan produk yang dianggarkan bernilai RM5,718 itu.

Siasatan awal mendapati dua lelaki telah memasuki kedai berkenaan bertujuan untuk membaiki telefon bimbit yang rosak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit sekitar jam 5.45 petang.

Setelah dimaklumkan telefon tersebut tidak dapat dibaiki, salah seorang suspek telah meminta untuk melihat dua telefon bimbit di rak pameran.

Namun, sejurus pekerja kedai berkenaan menyerahkan barang itu kepada suspek, kedua-dua mereka kemudian terus mengambilnya dan melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

Susulan daripada itu, kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pihak polis

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×