berita

2 Lif, 2 Kereta Mewah, 500 Tan Berat Bagasi, 1500 Orang- Ini Cara Raja Arab Saudi Travel Dengan Mewah

March 6th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

1

Sebelum ni kita semua sedia maklum bahawa Raja Salman bin Abdul Aziz al-Saud telah berkunjung ke Malaysia. Selain dari Malaysia, Pemimpin Arab itu juga membuat lawatan ke Indonesia selama sembilan hari di negara paling ramai penduduk Islam di dunia itu.

Raja Salman akan menghabiskan beberapa hari di Jakarta dan Jawa Barat sebelum menuju ke pulau pelancongan yang popular di Bali. Menurut Media, apa yang menariknya tentang Raja Salman ini, bila dia melancong, dia akan melancong dengan sangat mewah.

Terbang bersama kereta mewah dan lif

Screen Shot 2017-03-06 at 11.53.07 AM

Sumber foto: Google Images

Menurut laporan Jakarta Post, Presiden perkhidmatan lapangan terbang syarikat PT Jasa Angkasa Semestar, Adji Gunawan berkata Raja Salman akan diterbangkan dengan 459 tan metrik bagasi iaitu kira-kira 505 tan AS. Antara yang dibawa dalam bagasinya ialah dua Mercedes-Benz S600 dan dua lif elektrik free standing.

Screen Shot 2017-03-06 at 11.49.19 AM

Sumber foto: Google Images

Dua Mercedes-Benz S600 diterbangkan ke Indonesia dan mungkin ini kedengaran agak ganjil, tetapi ia bukanlah kali pertama Raja Salman mengembara dengan lif. Lif dilaporkan telah dihantar ke Indonesia, satu di Jakarta dan satu lagi di Denpasar, Bali. Pengarah Presiden JAS, Adji Gunawan berkata 63 tan kargo itu dipunggah di Jakarta, dengan baki 396 tan dibawa ke Denpasar, Bali.

Menurut alporan Reuters, pada tahun 2015 pemasangan elevator Raja Salman di salah satu pantai di Perancis telah menaikkan kemarahan penduduk tempatan. Mereka juga membantah untuk pemasangan serta penutupan pantai.

Screen Shot 2017-03-06 at 11.48.05 AM

Kelihatan orang duduk dan berdiri di tepi pantai sambil pekerja-pekerja membuka dan memasang lif di pantai awam berdekatan dengan Vila Raja di tepi pantai Golfe-Juan di Vallauris, tenggara Perancis pada 3 Ogos 2015.

Adakah itu semua untuk Raja Salman?

Screen Shot 2017-03-06 at 11.55.14 AM

Sumber foto: Google Images

Jawapannya tidak, Raja Salman datang dengan rombongan yang besar. Menurut agensi berita Indonesia, Antara, Raja Salman terbang dengan tidak kurang daripada 1,500 orang-termasuk sepuluh Menteri, 800 perwakilan dan 25 orang Putera. Mereka mengembara ke Indonesia dengan 36 jadual penerbangan berbeza dalam tempoh 3 minggu.

Tambah Adji Gunawan dari JAS berkata bahawa dia telah mengerahkan 572 anggota kakitangan untuk mengendalikan perjalanan Raja Salman itu.

Screen Shot 2017-03-06 at 11.52.49 AM

Sumber foto: Google Images

Dijangka bahawa dengan ketibaan Raja Arab Saudi itu, ia akan menyebabkan sedikit gangguan dalam perkhidamatan percutian. Sekuriti keselamatan juga ketat. Menurut laporan media tempatan, pasukan polis kebangsaan Indonesia sudah menyediakan 10, 000 pegawai di seluruh Jakarta, Jawa Barat dan Bali.

Dan semoga berjaya untuk sesiapa yang bercuti di Jakarta pada waktu tu kerana Raja Salman dan rombongannya yang lain dilaporkan telah menempah dalam beratus-ratus bilik di empat hotel yang paling mahal dan eksklusif di bandar. Termasuk lah Ritz, Raffles dan Marriott.

Sumber: CNN

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×