berita

2 Maut 7 Cedera, Lelaki Guna Pisau Serang Dalam Kereta Api

January 27th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang lelaki yang bersenjatakan pisau telah menikam dua orang dan mencederakan tujuh lagi individu di dalam kereta api dalam kejadian di utara Jerman, semalam (Khamis).

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Ditembak Anjing Dalam Perjalanan Keluar Berburu

Artikel Berkaitan: 2 Pegawai Polis Antara Enam Mangsa Terkorban Dalam Tragedi Tembakan Di Queensland

Serangan dalam kereta api

Difahamkan, suspek berusia 33 tahan itu berstatus warga Palestine tanpa kerakyatan bagaimanapun telah ditahan pihak polis sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana turut tercedera.

Jurucakap Polis Persekutuan Jerman memaklumkan, suspek menggunakan pisau untuk menyerang beberapa penumpang yang dalam perjalanan dari wilayah Kiel ke Hamburg dan tiba di stesen Brokstedt.

Manakala, Juergen Henningsen dari bandar Flensburg pula mengesahkan bahawa dua orang penumpang telah terkorban dalam serangan berkenaan manakala tiga daripada mereka cedera parah dan empat lagi cedera ringan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faesar turut meluahkan rasa terkejut selepas mendapat perkhabaran itu malah menganggap serangan terbabit sebagai kejam.

Serangan pisau dalam kereta api serantau adalah berita yang mengejutkan. Semua fikiran kami tertumpu kepada mangsa dan keluarga mereka. Punca kepada jenayah ini akan disiasat dengan segera. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada polis dan anggota penyelamat yang bertindak pantas.

Bukan itu sahaja, Menteri Dalam Negeri Schleswig-Holstein, Sabine Suetterlin-Waack, turut mengutuk serangan itu dalam siaran awam dan menyifatkan ia suatu hal yang mengerikan dan mengejutkan.

Sumber: The Wasington Post

SKIP THIS AD ×