berita

2 Minggu Hilang, Pelakon Porno Jepun Ditemui Mati Diikat Pada Pokok

July 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Star

Mayat pelakon porno Jepun, Rina Arano dijumpai dalam keadaan berbogel dan diikat pada sebatang pokok di sebuah hutan di Ibaraki, Jepun.

Hilang sejak 5 Jun

Foto: Daily Star

Menerusi laporan antarabangsa, pelakon porno berusia 23 tahun ini dipercayai hilang sejak 5 Jun lalu dan pihak polis sedang menyiasat seorang suspek, Hiroyuki Sanpei yang didakwa telah berhubung dengannya sebelum mangsa dilaporkan hilang.

Suspek dari Minamiashigara, Wilayah Kanagawa bagaimanapun telah ditahan minggu lalu berikutan didakwa menculik dan mengurung Arano dan mereka dipercayai berjumpa pada 5 Jun lalu di Stesen Mito di Ibaraki Prefecture selepas berbalas mesej menerusi Twitter.

Ujar pihak polis, suspek telah menjemput mangsa sebelum memandu ke vila miliknya yang terletak di Hitachiota. Bagaimanapun, suspek menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia membawa mangsa ke vila berkenaan sebelum menghantar Arano ke sebuah kedai berdekatan.

Ujar suspek lagi, dia tidak pasti mangsa ke mana namun, jawapan yang diberikan diragui pihak polis berikutan telefon bimbit milik mangsa dijumpai dalam rumah suspek.

Kematian misteri

Foto: Daily Star

Bercerita lebih lanjut, penyiasat percaya suspek telah membuang mayat mangsa di satu tempat yang tidak kelihatan, di cerun kira-kira enam meter di bawah jalan hutan berhampiran vila Sanpei.

Separuh daripada badan mangsa dilaporkan telah reput bagaimanapun tiada kecederaan yang ketara pada bahagian badannya.

Menerusi satu kenyataan pihak polis, mangsa diikat pada sebatang pokok tanpa pakaian dan sudah hampir dua minggu meninggal dunia.

Kami masih berusaha untuk mengenal pasti punca kematian.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×