Misteri kehilangan seorang wanita rakyat Malaysia yang menetap di Wembley, London akhirnya terjawab selepas mayat mangsa tanpa kepala ditemui di kawasan sebuah hutan.
Mayat tanpa kepala
Foto: The Independent
Memetik laporan BBC, mangsa yang dikenali dengan nama Mee Kuen Chong atau lebih mesra dengan panggilan Deborah itu berasal dari Malaysia dan mula menetap di London pada tahun 2004. Menurut sumber, wanita ini sudah dilaporkan hilang dari kediamannya sejak 11 Jun yang lalu.
Dua minggu kemudian iaitu pada 27 Jun, mayat mangsa ditemui hutan berhampiran di bandar peranginan Salcombe yang terletak 350 kilometer (km) dari rumahnya. Lebih mengerikan apabila mayat mangsa yang berusia 67 tahun itu ditemui tanpa kepala.
Siasatan masih dijalankan
Foto: BBC
Menurut jurucakap polis daerah Devon dan Cornwall iaitu Detektif Ben Deer, pihak mereka akan menjejaki sejarah pergerakan Mee Kuen Chong bermula dari tarikh 10 Jun hingga 27 Jun. Bukan itu sahaja, mereka percaya si pelaku telah membuang mayat mangsa selama beberapa hari.
Kami sedang siasat sama ada mangsa ada menetap di mana-mana motel atau rumah tumpangan di Salcombe kerana jarak perjalanan dari London ke bandar tersebut memakan masa lebih dari empat jam.
Difahamkan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kematian Mee Kuen Chong.
Sumber: The Independent, New York Post, BBC