berita

2 Pekerja Nasi Kandar Positif Covid-19, Restoran Diarah Tutup Serta Merta

November 17th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini kes Covid-19 menunjukkan peningkatan yang agak ketara di negara kita. Tambahan pula, terdapat pelbagai kluster baharu yang berjaya dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Memetik laporan wartawan Mohd Redzuan Abdul Manapsebuah Restoran Nasi Kandar Jamal Mohammed di Kampung Benggali, Butterworth diarah tutup bermula semalam setelah dikunjungi oleh seorang pelanggan positif Covid-19.

Diarah tutup

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Menerusi kenyataan media, pihak pengurusan restoran berkenaan memaklumkan, restorannya telah dikunjungi oleh seorang pesakit Covid-19 pada 4 November yang lepas. Sejurus kejadian tersebut, pihak KKM telah datang untuk membuat saringan kepada tujuh pekerja di restoran tersebut.

Tambahan pula, kesemua mereka telah dikuarantin pada tarikh yang sama dan hasil ujian calit, dua daripada pekerja mereka telah disahkan positif Covid-19. Kini, restoran berkenaan sudah ditutup bermula semalam, sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Penutupan restoran itu hanyalah di cawangan Butterworth sahaja dan cawangan-cawangan lain masih beroperasi seperti biasa.

Kenyataan media

Pihaknya turut menjelaskan akan melakukan sebaik mungkin dalam mengikut setiap saranan pihak kerajaan dan akan mengutamakan keselamatan para pelanggannya.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×