berita

2 Ragam Sukar: Apa Yang Setiap Ibu Bapa Patut Harapkan & Bagaimana Ibu Bapa Boleh Tanganinya?

September 15th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Siapa kat sini mak ayah yang ada anak kecil? Cuba angkat tangan sikit. Kami memang salute habis kat korang sebab cabaran membesarkan anak sekarang memang banyak dan besar. Setuju kan?

Kadang-kadang tu penat nak layan kerenah anak setiap hari. Tiba-tiba je marah, tiba-tiba je nangis. Dia tengah tantrum la tu. Korang sebagai ibu bapa kena la cuba letakkan diri korang kat tempat dia. Nak tahu apa sebabnya?

Otak kanak-kanak akan terus berkembang

Kami yakin mesti anak korang pernah tantrum jugak kan? Tak kira tempat dan masa. Time-time tu jugak diorang nak naik angin. Jangan risau sebab itu merupakan satu pengalaman biasa bagi ibu bapa dan sebenarnya satu kelakuan normal dalam kalangan kanak-kanak.

Korang nak tahu tak? Otak kanak-kanak akan terus berkembang sehingga akhir remaja dan berada di tahap yang paling pesat dalam tempoh 1 hingga 5 tahun di mana 90% perkembangan otak berlaku.

Oleh itu, korang sebagai ibu bapa kena la faham perkembangan normal dan ciri-ciri semula jadi setiap anak korang okay?

Betul ke ada bahagian otak mereka masih belum berkembang sepenuhnya?

Kredit: KelabMama

Tahu tak? Sebenarnya ada beberapa bahagian otak – korteks prefrontal yang membolehkan anak korang meluahkan emosi yang kuat secara lisan. Tapi bahagian ni masih belum berkembang sepenuhnya ya. Ingat tu.

Walaupun anak korang masih kecil, sebenarnya dia boleh mengalami emosi yang kurang stabil jugak tapi mereka tak berupaya untuk bercakap secara lisan tentang emosi mereka atau menanganinya.

Budak-budak la katakan, diorang tak berapa faham macam mana nak luahkan perasaan mereka tu. Ha bila jadi macam ni, apa tanggungjawab ibu bapa?

Tanggungjawab ibu bapa? Mesti la untuk membimbing anak-anak!

Kredit: Sinar Plus – Sinar Harian

Yes! Ini yang ibu bapa kena buat. Korang kena bimbing anak korang setiap masa. Jangan sesekali biarkan mereka hadapi emosi mereka sendirian.

Kenapa? Sebabnya, tak kira la betapa bijak anak korang yang berumur 3 tahun tu sekalipun, tak kira la korang harapkan dia boleh fikir secara rasional, dia tetap tak memiliki otak seperti orang dewasa tau macam kita ni.

Apa yang setiap ibu bapa harapkan? Mesti la nak anak-anak berkelakuan baik, berdisiplin dan kawalan diri. Tapi sehingga la otak mereka matang, adalah tanggungjawab korang untuk bimbing mereka dulu okay?

Cara-cara menyokong perkembangan otak kanak-kanak yang optimum

  • Sediakan khasiat pemakanan yang betul.

Pastikan anak korang mendapat pemakanan dengan nutrien yang mencukupi seperti MFGM (Milk Fat Globule Membrane). Pakar juga mengesyorkan tahap DHA yang ditunjukkan secara saintifik untuk menyokong perkembangan IQ dan EQ ni tau!

Untuk pengetahuan korang, MFGM didapati dalam sesetengah susu formula kanak-kanak dan ia dapat membantu sel otak untuk berhubung serta asas dalam membantu perkembangan EQ kanak-kanak. 

EQ merupakan keupayaan untuk memahami emosi anda sendiri dan emosi orang lain. Kajian menunjukan kanak-kanak prasekolah yang diberikan susu formula mengandungi MFGM selama 4 bulan menunjukkan perubahan positif dalam tingkah laku & pengawalan emosi yang kanak-kanak¹.

Kanak-kanak yang mempunyai EQ yang lebih tinggi mampu belajar dengan lebih cepat, memberi perhatian, lebih bersabar dan mampu mengawal emosi mereka dengan lebih efektif.

Tengah cari susu formula kanak-kanak yang mengandungi MFGM dan kandungan DHA yang mengikut saranan pakar untuk perkembangan otak yang lengkap? Kami rekomen supaya anak-anak korang mula mengamalkan minum susu Enfagrow A+ Mindpro.

Inilah susu formula kanak-kanak No.1² di dunia dan jenama No. 1³ yang disarankan oleh pakar. Malahan, susu formula ni jadi pilihan ibu bapa di Malaysia! Paling menarik, selebriti macam Fazura ni pun pilih susu ni tau!

Susu Enfagrow A+ Mindpro dengan MFGM dan DHA membantu menyokong perkembangan mental dan emosi anak-anak korang. Tambahan pula, susu formula ini dapat membantu anak-anak korang mengekalkan sistem ketahanan badan.

  • Libatkan diri dalam perbualan dengan anak-anak korang sekerap mungkin.

Kredit: Positive Parenting Malaysia

Buat korang yang ada anak berumur sekitar 1 hingga 3 tahun. Apabila nampak sesuatu, cuba tanya anak korang soalan mudah. Kalau mereka tak dapat jawab, bantu dengan memberitahu mereka jawapannya. Jadi, mereka boleh belajar dan gunakannya pada masa depan.

Korang kena ajar anak korang luahkan apa yang mereka nak. Contohnya, “Saya mahu kencing”, “Saya mengantuk”, atau “Saya suka ini”. Kena dengar dengan penuh perhatian. Anak korang akan lebih puas hati!

Ada kanak-kanak lain rampas mainan daripada anak korang? Ajar anak korang berkomunikasi dengan sopan. Contohnya, “Jangan rampas mainan saya seperti itu, ia tidak bagus. Jika anda mahu, anda boleh meminta saya dengan baik.”

  • Ajar anak-anak korang menghormati hak orang lain

Kredit: Enfagrow A+ Malaysia

Buat korang yang ada anak berumur sekitar 4 hingga 6 tahun, korang boleh meningkatkan EQ mereka dengan mengajar mereka menghormati hak orang lain.

Contohnya, anak korang kena ketuk pintu dan minta kebenaran sebelum memasuki bilik orang lain untuk menghormati privasi mereka dan tidak bermain dengan mainan orang lain tanpa kebenaran.

  • Bawa anak-anak korang keluar untuk meneroka sekerap mungkin

Kredit: Jayakarta News

Bawak anak korang ke pantai, taman, sungai, mana-mana je tempat menarik. Cuba cerita tentang semua yang anak korang lihat, dengar dan alami. Anak korang akan excited punya. Banyak benda yang dia nak cakap nanti!

Emosi anak-anak yang cerdas akan membantu mereka menjadi insan dengan perilaku yang baik. Mereka akan lebih pandai bergaul dengan orang lain dan disenangi ramai di masa depan.

Klik SINI untuk ketahui info lebih lanjut tentang perkembangan IQ dan EQ kanak-kanak yang sempurna.

1. Veereman-Wauters et al., Nutrition. 2012 Jul; 28 (7-8): 749-52

2. Based on 2020 RB HCP Brand Health Tracker – Wave 1 Report.

3. Claimed based on 2020 BHT CATI Research on 102 Chinese, Malay & Indian Enfagrow A+ Users from March to April

SKIP THIS AD ×