berita

20 Highlight #BAJET2021 Yang Korang Kena Tahu!

November 7th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Belanjawan 2021 yang dibentang oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato Sri’ Zafrul pada 6 November 2020 merupakan belanjawan yang paling ditunggu-tunggu.

Seperti yang kita tahu, pandemik Covid-19 yang melanda telah menjejaskan semua aspek baik dari pihak rakyat, mahupun kerajaan. Ekonomi diseluruh dunia terjejas dan disebabkan itu, ramai mengharapkan Belanjawan 2021 dapat memberikan kelegaan kepada semua pihak.

Bertemakan Teguh Kita, Menang Bersama, ini 20 highlights Belanjawan 2021 yang korang kena tahu!

1. Had pelepasan cukai untuk perbelanjaan perubatan dinaikkan

Jika sebelum ini had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bernilai RM6000 kini, ia dinaikkan ke RM8000. Manakala, had pelepasan cukai bagi skop perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 ke RM1000!

2. Pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan kini meliputi perbelanjaan vaksinasi!

Keputusan ini dibuat bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi lantas mencegah penyakit berjangkit. Kini, korang boleh dapatkan vaksin penyakit berjangkit seperti Pneumokokal, Influenza serta COVID-19.

3. Frontliners akan mendapat RM500

Sejak Mac lalu, kerajaan telah memberikan Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 sebulan kepada barisan hadapan KKM. Sebagai tambahan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan KKM.

4. Kesihatan mental mendapat perhatian!

Kerajaan sedia maklum dengan masalah mental yang menjadi antara isu serious ketika pandemik. Oleh itu, sebanyak RM25 juta akan disediakan bagi menangani isu ini termasuk mengukuhkan program kesihatan mental, pencegahan keganasan dan kecederaan serta penyalahgunaan substans.

5. RM25 juta untuk program rawatan Peritoneal Dialysis

Bagi mengurangkan masa menunggu dan mengelakkan kesesakan di hospital, kerajaan memperuntukkan RM25 juta untuk program rawatan Peritoneal Dialysis di rumah bagi meningkatkan kualiti rawatan pesakit buah pinggang.

6. Bantuan kewangan akan diperbaiki

Kredit Gambar: NSTP/ Zulfadhli Zulkifli.

Terdapat tiga jenis kenaikan kadar bantuan kebajikan iaitu:

  • Kadar bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
  • Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500
  • Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450
  • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan kepada RM150 seorang anak berumur 7-18 tahun dengan maksimum RM450 sekeluarga. Manakala, bagi anak yang berumur 6 tahun ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.

7. Pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan

Pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6000 untuk 12 bulan. Pengeluaran ini bagaimanapun hanya untuk ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan. Kira-kira 600 ribu ahli yang terjejas. Ahli yang layak boleh mula mohon mulai Januari 2021.

8. BPN 2.0 akan disalurkan mulai Januari 2021 berdasarkan kategori berikut:

  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM1,200, jika melebih 2 orang anak akan menerima sebanyak RM1,800.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,501 hingga RM4,000 dengan seorang anak akan mendapat RM800 manakala jika melebihi 2 orang anak akan dapat RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan RM4,001 sehingga RM5,000 akan menerima RM500 bagi yang mempunyai seorang anak dan RM750 bagi yang melebihi 2 orang anak.
  • Individu bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM350. Had umur kelayakkan individu juga diturunkan daripada 40 tahun ke 21 tahun.

9. Penerima BSH akan menerima Bantuan Pembayaran Bersasar

Institusi perbankan akan menambahbaik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan juga kepada perusahaan mikro dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150 ribu. Mereka akan diberi pilihan untuk:

  • Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan
  • Pengurangan bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

10. Caruman minimum KWSP akan dikurangkan

Kadar caruman minimum KWSP pekerja akan dikurangkan daripada 11% kepada 9% mulai Januari 2021.

11. Bantuan kepada petani, peladang dan nelayan

Petani, peladang dan nelayan akan diberi bantuan, subsidi dan insentif seperti berikut:

  • Insentif pengeluaran getah akan ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta.
  • Subsidi harga padi sebanyak RM570 juta, subsidi dan insentif tanaman padi berjumlah RM960 juta termasuk subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan semula sebanyak RM40 juta.
  • Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan bermula 2021.
  • Bagi membantu peneroka FELDA, kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka.

12. Skim Jaminan Penjanaan Pekerja (JanaKerja) akan dilaksanakan

500 ribu peluang pekerjaan baharu termasuk pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui perbelanjaan kerajaan sebanyak RM3.7 bilion akan disediakan.

13. Perkenal inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Program

Dengan peruntukan lebih RM700 juta, inisiatif ini akan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2021.

14. KWSP Akaun 2 untuk pembelian insurans dan takaful hayat

KWSP akan membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga yang diluluskan oleh KWSP.

15. Pengurusan wakaf akan diperkasakan

PNB melalui Amanah Saham Nasional Berhad atau ASNB akan memperkenalkan perkhidmatan wakaf kepada semua pemegang unit amanah ASNB. Di bawah perkhidmatan ini, pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian unit mereka ke dalam tabung wakaf ASNB dan mereka layak mendapat potongan cukai pendapatan.

16. Elaun Guru Takmir akan dinaikkan

Bagi menghargai jasa 4,000 Guru Takmir sebagai antara penggerak komuniti di peringkat kariah, kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun Guru Takmir daripada RM800 kepada RM900 sebulan.

17. Bayaran secara one-off kepada Imam, Bilal dan Siak

Bayaran Khas one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir, dan Guru KAFA. Pemberian bantuan khas ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 70,000 orang.

18. Golongan wanita juga tidak ketinggalan!

Sebagai tanda menghargai sumbangan para wanita, pihak kerajaan memperuntukkan amaun berikut:

  • Sebanyak RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas disediakan melalui TEKUN, MARA dan Agrobank.
  • Bimbingan teknikal perniagaan akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe.
  • Pusat Sokongan Sosial Setempat diberi peruntukan sebanyak RM21 juta bagi menangani isu keganasan rumah tangga.
  • RM10 juta diperuntukkan bagi program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

19. Peluang pekerjaan untuk orang asli

Kredit gambar: NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Kerajaan juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara bagi merancakkan segmen ekopelancongan.

20. Penjaja di Sabah akan mendapat Geran Khas Prihatin tambahan

Para peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong akan mendapat Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000. Geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.

Menarik kan Belanjawan 2021 ini? Moga bermanfaat buat semua!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×