Selepas fenomena Nasi Kandaq Fest menjadi bualan ramai, kali ini masa untuk ‘kaki makan’ pula menikmati satu lagi karnival bertemakan ‘makanan viral’ yang berlangsung selama tiga hari.
Artikel Berkaitan: Surrr.. 10 Lejen Nasi Kandar ‘Berkampung’ Di Nasi Kandaq Fest
Bermula hari Jumaat dan berakhir pada Ahad, Top Viral Food Festival menggabungkan pelbagai makanan viral di media sosial dari brisket yang lebut ke donut pizza yang mengiurkan.
20 pilihan makanan
Menurut CEO Fried Chillies iaitu Adly Rizal berkata acara ini sesuai untuk golongan anak muda serta keluarga yang ingin bersantai.
Sejak kebelakangan ini, memang tak boleh dinafikan yang pelbagai makanan yang inovatif telah dihasilkan dan dijual melalui media sosial.
Pandemik ini telah memberi orang masa untuk berkarya dan juga mencari rezeki alternatif untuk menampung hidup.
Kami jangka pengunjung acara ini adalah dari golongan muda dan juga yang berkeluarga. Selain dari makanan yang hebat, kami juga ada merancang aktiviti-aktiviti yang pasti akan menghiburkan semua.
Tambah Adly, dia berharap Top Viral Food Festival bakal mendapat sambutan yang menggalakan terutamanya daripada warga Kuala Lumpur dan Selangor.
Sunway Putra Mall memang sesuai dengan kami kerana lokasi ini cukup strategik dengan pelbagai stesen perkhidmatan awam yang berhampiran dan juga mudah untuk servis e-hailing.
Suasana sewaktu acara nasi kandaq sangat meriah kerana kita boleh rasa ‘vibe’ ibu kota sambil menikmati juadah yang sedap. Kami harapkan suasana yang sama untuk Top Viral Food Fest.
Selain itu, acara buskers dan juga pertandingan makan Man Vs. Food juga diadakan. Satu pertandingan Cosplay Pose akan berlangsung dan lebih kurang 500 hingga 1000 peminat Cosplay dijangka akan datang untuk bertanding dan menonton.
Panel juri pertandingan ini terdiri daripada barisan Cosplayer Lejen seperti Mr. Azamcos (The Ultimate Cosplayer), Mr. Din (LoL Cosplay) dan Mr. Adam John.
Sementara itu, Ketua Pemasaran Sunway Putra Mall, Tan Ai Vee, berasa teruja apabila karnival ini telah menyatukan rakyat Malaysia tak kira bangsa atau agama.
Kami sungguh teruja atas sambutan Nasi Kandaq Fest minggu lepas. Memang acara makanan seperti ini sesuatu yang menyatukan semua penduduk Malaysia tak kira bangsa atau agama, tua atau muda.
Kami harap acara-acara seperti ini akan terus bertempat di Sunway Putra Mall di mana tak kira panas atau hujan, semua orang boleh menikmatinya dengan selesa di mall kami.
Ini memang selari dengan visi kami yang mall bukan sahaja untuk membeli-belah tapi juga tempat di mana komuniti boleh berkumpul untuk bersosial dan mengeratkan silaturahim.
Vendor-vendor yang akan berada di Top Viral Food Festival ini terdiri daripada pengusaha F&B yang sedang hangat di media sosial dan diminati penggemar makanan yang selalu memantau trend terkini.
Ini senarai 20 vendor viral yang wajib makan:
- Beard Brothers BBQ
- Tanjak Crew
- Suka Dessert
- Donut Opah Viral
- Bakso Beranak
- The Goat Father
- Moowich
- Wagyu Skewer
- Racha Tomyam
- Bolok Troops
- Sushika
- Jeruk Liur Leleh
- Jagung Cheese Tarik
- Mac Mafia
- Golden Dough
- Air Dalam Tin
- Hauslah
- Kopi Kamper
- Rotiwap
- SB Fruyo
Sekadar info, Fried Chillies adalah syarikat food media yang mengetengahkan tempat makan best kepada orang ramai sejak tahun 1997.
Sumber: Instagram