berita

20 Pelajar Asrama Dicabul Guru– ‘Mangsa Dicabul Seminggu Sebelum Kahwin, Dia Lakukan Masa Mangsa Tidur’

August 17th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah asrama disyaki mencabul sekurang-kurangnya 20 orang pelajar sekolah. Perbuatan jijik itu dipercayai dilakukan suspek sejak dari tahun 2010 lagi.

Mangsa buat laporan polis

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Regional Kompas, perbuatan guru di sebuah sekolah di Jawa Barat, Indonesia itu hanya terbongkar selepas salah seorang mangsa tampil membuat laporan di balai polis. Menurut mangsa, pertama kali dia dicabul ketika berusia 13 tahun iaitu pada tahun 2016 namun dia terpaksa mendiamkan diri selama ini kerana diugut oleh suspek.

Menurut peguam yang mewakili mangsa iaitu Deki Rosdia, suspek yang merupakan seorang guru dan pengamal perubatan tradisional itu seringkali mengambil kesempatan terhadap pesakitnya sepanjang proses rawatan dijalankan.

Suspek memang merupakan ketua kepada sebuah sekolah pondok dan anak kepada seorang kiai yang memiliki pusat pendidikan di sini.

Bukan itu sahaja, suspek didakwa memperdayakan mangsa dengan pelbagai cara termasuk menelefon dan meminta mangsa melakukan tugas pembersihan. Dia kemudian mula meraba-raba, mencium dan mencabul mangsa. Suspek akan memberitahu pelajar perlu taat kepada guru, jika tidak ilmu yang ditimba tidak berkat.

Dicabul seminggu sebelum kahwin

Sekadar gambar hiasan

Tambah Deki lagi, suspek juga dikatakan mencabul mangsa ketika mangsa sedang tidur. Mangsa mengaku telah dicabul seminggu sebelum dia dijodohkan dengan salah seorang pelajar lelaki sekolah tersebut.

Mereka berkahwin pada 2020, mangsa juga ada memberitahu suaminya bahawa pelaku telah mencabulnya dan dia tidak berani melaporkannya kerana diugut suspek.

Menurut Deki, seramai 12 orang rakan anak guamnya menjadi mangsa cabul guru berkenaan dan empat lagi mangsa merupakan ahli Persatuan Rohani Islam (Rohis). Walaupun sudah 20 orang menjadi mangsa seksual guru berkenaan namun tidak ada seorang pun yang berani melaporkan perkara tersebut. Hal ini kerana, mereka mendakwa berasa malu dan takut dengan ugutan suspek. Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai terbongkar selepas suspek bercerai dengan isterinya.

Perkara ini terbongkar setelah suspek bercerai dengan isterinya bulan lalu, ramai yang mengadu kepada bekas isterinya mengenai tindakan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Bandung iaitu Kombes Po Kusworo mengesahkan kes berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan namun mereka tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut berhubung kes itu.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×