berita

20 Tahun Simpan Dendam, Wanita Upah 10 Orang ‘Roboh’ Rumah Bekas Suami

March 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Tribun News

Di Jawa Timur, Indonesia, seorang wanita nekad merobohkan rumah yang pernah dihuni bersama bekas suaminya. Ini kerana, bekas suaminya itu bertindak membawa masuk isteri baharunya tinggal di rumah berkenaan.

Bahagi harta secara tak adil

Menerusi laporan Tribun News, wanita tersebut turut mendakwa bekas suaminya tidak membahagikan harta sepencarian secara adil selepas mereka bercerai 20 tahun lalu. Oleh kerana tidak dapat menahan sabar, wanita yang dikenali sebagai Ainun Jariyah itu telah mengupah 10 orang untuk merobohkan rumah bekas suaminya. Dia telah memberi bayaran sebanyak lima juta rupiah bersamaan RM1,427 sebagai upah.

Jelas wanita itu lagi, bekas suaminya itu tidak sanggup memenuhi permintaannya dan memberi pampasan rumah sebanyak 30 juta rupiah bersamaan RM8,566. Menurut Ketua Kampung Trowulan, Zainul Anwar, pihaknya sudah melakukan perbincangan selepas Ainun datang ke pejabat Balai Desa. Ujar Zainul, wanita itu mahukan pembahagian harta sepencarian yang adil dengan bekas suami.

Dua kali tidak hadir

Sekadar gambar hiasan

Jadi, pihak Ainun mengajukan untuk dibahagikan hak sama rata dan meminta kami untuk memanggil Kasnan, namun sudah dua kali (lelaki itu) tidak hadir.

Dalam perbincangan tersebut, Zainul meminta supaya rumah itu tidak diroboh dan menyarankan lebih baik rumah itu diberikan kepada anak tunggal pasangan tersebut iaitu Amilia. Namun, saranan itu tidak dapat dilakukan berikutan geran tanah adalah warisan daripada keluarga Kasnan.

Soalnya, hati saya marah tidak keruan dan sakit hati, 20 tahun saya memendam rasa, dia ‘sedap’ tinggal di rumah ini bersama isteri baharu.

Justeru itu, Ainun rela mengeluarkan sedikit wang untuk kos merobohkan rumah bekas suaminya. Wanita itu mengaku bahawa dia masih berdendam atas perbuatan bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab selepas bercerai.

Sumber: Tribun News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×