berita

2024 Tahun Tuah Buat Amylea? Bakal Keluar Banyak Lagu Baru, Pilih Mila Jirin Bawa Lagu ‘Sandera’

March 10th, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan meluahkan rasa syukur kerana perkembangan kariernya untuk tahun ini berjalan dengan lancar dan seiring dengan apa yang diharapkan olehnya.

Artikel Berkaitan: ‘Memang Biadab! Membab* Buta Percaya Ni Tak Elok’ – Shila Amzah Selar Individu Fitnah Amylea

Artikel Berkaitan: Amylea Serah Soal Zuriat Kepada Takdir – ‘Ada Atau Tidak, Doakan Saya’

Rezeki tahun 2024

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan!, Amylea berkata, dia membuka lembaran tahun 2024 dengan momen yang sangat indah apabila berjaya memenangi Anugerah Lagu Tema Terbaik di Anugerah Telenovela menerusi lagu ‘Selagi Ku Ada’ nyanyian Nabila Razali dan Khai Bahar, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, lagu tersebut turut berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38.

Alhamdulillah. Syukur sangat lagu saya diangkat sebagai pemenang Anugerah Telenovela dan berjaya mara ke pentas akhir AJL. Sekarang ini saya masih menanti hari. Saya akan keluarkan lebih kurang tujuh buah lagu dan empat daripadanya merupakan ost drama ‘Khunsa’ arahan Budak Ijat.

Untuk ost drama tersebut, saya bekerjasama dengan Hael Husaini, Norynn Aziz dan Mila Jirin. Projek ini semua saya dah rancang sejak enam bulan lalu. Dari segi pemilihan penyanyi, semua saya yang pilih.

Disoal sama ada susah ataupun senang apabila bekerjasama dengan Norynn, Hael dan Mila, Amylea secara ringkas menjawab semuanya berjalan dengan lancar dan sangat senang.

Saya rasa senang bekerja dengan mereka. Mereka hormat saya sebagai producer dan terima segala nasihat yang saya berikan. Mereka tak pernah degil atau pertikai apa yang saya suruh. 100 peratus mereka beri kepercayaan kepada saya dan itu membuatkan saya rasa dihargai dan sangat menghargai.

Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Kendati’ ini berharap semua lagu ciptaannya terutama untuk ost ‘Khunsa’ akan menjadi hits seperti lagu-lagunya dalam ost yang lain.

Setiap kali ada naskah daripada Abang Ijat, saya akan bincang dan duduk dengannya. Saya perlu pastikan audio dan visual tepat. Sebab nak zahirkan apa yang dia vision agak sukar. Saya sangat bangga dengan pihak produksi. Saya yakin dah buat sehabis baik, dan tak sabar tunggu reaksi penonton.

Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya kepada Amylea bagaimana dia boleh terdetik untuk bekerjasama dengan Mila memandangkan penyanyi itu kurang aktif menyanyi sebelum ini.

Ujar Amylea, dia sangat kagum dengan bakat, kualiti dan kebolehan yang Mila ada.

Walaupun ini kali pertama dia kembali aktif, saya dengar dia menyanyi lebih baik. Saya rasa orang akan terperanjat apa yang dia akan bagi nanti. Lagu dia berjudul ‘Sandera’.

Saya nampak dia bekerja keras, Mungkin sekarang dia ada ketenangan dan kelapangan untuk kembali aktif menyanyi. Mesti ramai tak sabar.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×