berita

‘Memang Biadab! Membab* Buta Percaya Ni Tak Elok’ – Shila Amzah Selar Individu Fitnah Amylea

January 29th, 2024 | by Alia
Kini Trending

shila amylea

Penyanyi Shila Amzah menyelar seorang warganet yang meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap rakan seindustri Amylea Azizan.

Artikel Berkaitan: Amylea Nak Saman Individu Guna Kisah Arwah Bapa Jadi Modal Jual Insurans

Artikel Berkaitan: ‘Sayu Hati Mama, Semoga Seth Jadi Anak Yang Baik’ – Shila Amzah

Shila jelaskan kebenaran

shila amylea

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shila memuat naik tangkap layar yang memaparkan seorang individu mendakwa Amylea meminta bantuan untuk bapanya.

Baru-baru ni aku tengok Amelya ni minta bantuan ayah dia sakit..tengok dia nikah mewah pula.

Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkan kenyataan individu berkenaan sebagai satu fitnah.

Itu fitnah. Bapa dia dah meninggal dah. Lain kali jangan main Facebook (FB), tu semua fitnah orang yang sakit otak sanggup guna gambar bapa dia semasa sakit untuk buat cerita bodoh macam ni. Membabi buta percaya ni tak elok.

Pelantun lagu Masih Ku Cinta ini turut menyeru agar warganet menilai kebenaran sesuatu berita itu sebelum mempercayainya.

Pagi-pagi dah buat baran. Kenapa manusia tak boleh gembira dengan kebahagiaan orang lain? Tu lah banyak sangat masa main FB.

Geram tau bila orang suka percaya gosip atau baca berita online tanpa cari kesahihan berita tu.

Yang dekat FB pun cari duit cara fitnah orang. Memang biadab.

Terdahulu, penyanyi berusia 33 tahun itu bersama suami, Ubai MZ menghadari ke majlis resepsi Amylea dan pasangannya Mohammad Aqbar Mohamad yang diadakan di Bizmilla Wedding Hall, Subang pada Sabtu.

Untuk info, bapa Amelya telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 Ogos 2021 akibat komplikasi jantung dan buah pinggang di Institut Jantung Negara (IJN).

Sumber: Instagram Shila Amzah

SKIP THIS AD ×