Siapa di sini yang berkesempatan untuk berkunjung ke Planet Gempak Ola Bola Astro di Pulau Pinang pada hari minggu yang lalu?
Sudah tentu demam Piala Dunia FIFA 2014 Brazil dapat dirasakan oleh lebih 215,000 orang pengunjung karnival sebaik sahaja menjejakkan kaki di perkarangan Stadium Batu Kawan, Seberang Perai ini.
Mana taknya, karnival yang dijayakan buat tahun kedua ini menyajikan pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik seperti perbarisan ‘samba’ wakil setiap bendera pesaing kejohanan, papan interaktif meneka juara dan macam-macam lagi!
Aktiviti yang dijalankan oleh Hairul Azreen di booth Fear Factor.
Karnival ini juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk mendekati dan berinteraksi secara dekat dengan selebriti daripada pelbagai program kegemaran ramai seperti Akademi Fantasia, Kilauan Emas 3, Fear Factor Malaysia, MasterChef Malaysia dan juga Maharaja Lawak Mega.
Tidak cukup dengan itu, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Altimet, SonaOne, Aliff Satar, Sezairi, Black & RJ, Fiq, dan Asmidar di ‘Konsert 1Astro’ yang diadakan pada Ahad malam.
Altimet menghiburkan pengunjung di ‘Konsert 1 Astro’
Malah, selaras dengan konsep 1 Malaysia, karnival ini bukan sahaja menumpukan kepada segmen program hiburan melayu, tetapi turut membawa kandungan istimewa daripada segmen Cina dan India.
Selebriti berbilang bangsa seperti Geraldine Gan, Jie Ying, Nicole, Yoke, peserta Astro Star Quest, penyampai radio THR Raaga dan peserta rancangan bakat Yuttha Medai turut sama memeriahkan karnival.
Yay! Dapat bergambar dengan maskot comel!
Istimewa buat si pengunjung cilik pula, karakter-karakter daripada filem dan animasi terkenal seperti Finn & Jake, The Smurfs serta Ninja Turtles dilihat menjadi tarikan utama.
Lebih menarik lagi, TVIQ dengan kerjasama Yayasan Angkasawan Malaysia juga menjalankan aktiviti mempromosi bidang sains, teknologi dan angkasa kepada pengunjung.
Pelbagai aktiviti pembelajaran yang interaktif diadakan di sebuah kubah gergasi dengan sebuah Maskot Angkasawan setinggi 40 kaki.
Kemeriahan pentas utama Karnival Planet Gempak Ola Bola!
Seronok bukan? Jadi, jangan lupa untuk turut serta merasai kemeriahan Planet Gempak yang akan bertapak di lokasi ketiga mereka di Perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru (13-14 Jun) dan akhir sekali di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu (5-6 September). Please save the date ya!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.planetgempak.com.my .