berita

22 Pasang Pengantin Dinikahkan Dalam Satu Majlis, Masing-Masing Tak Kenal Pasangan

May 31st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seramai 22 pasangan pengantin dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Pondok Darul Falah Pusat di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini.

Lebih menarik, 22 pasangan itu saling tidak mengenali siapa pasangan mereka ketika dinikahkan.

Dilakukan setiap 5 tahun

Ketua sekolah pondok itu, Syaiful Bakri berkata, acara pernikahan melibatkan ramai pasangan pengantin itu dilakukan setiap lima tahun sekali, dan kebanyakan pengantin itu merupakan pelajar perempuan dan lelaki di sekolah pondok berkenaan yang sudah cukup umur dan ingin mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan Antara, pernikahan kali ini merupakan yang ketujuh dilaksanakan di sekolah pondok berkenaan.

Kesemua pelajar itu akan dinikahkan dan mereka hanya bertemu dengan pasangan masing-masing selepas ijab kabul selesai.

Hal ini tidak menimbulkan masalah kerana setiap pengantin sudah bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang dijadikan suami mereka.

Tambah Syaiful, selepas para pelajar bernikah, mereka dan suami serta isteri masing-masing akan ditempatkan di cawangan sekolah pondok di beberapa daerah lain bagi membantu operasi.

Sekurang-kurangnya 250 pasangan pengantin sudah dinikahkan sejak majlis perkahwinan beramai-ramai itu diadakan.

Para pelajar juga tidak dipaksa sama ada untuk berkahwin dengan rakan mereka di sekolah pondok atau pun orang luar.

Jika ada yang mahu berkahwin dengan orang luar, mereka akan merujuk kepada penjaga di sekolah pondok dan mendapatkan nasihat.

Sumber: Antara

SKIP THIS AD ×