Pertemuan dan perpisahan semuanya sudah diatur oleh Yang Maha Esa. Perkara itu boleh dikaitkan dengan kisah seorang gadis yang berpisah dengan ibu kandungnya selama 22 tahun. Tahun ini, dia nekad ingin mencari ibunya sampai dapat kerana tidak lama lagi dia ingin menamatkan zaman bujangnya.
Gadis ini sebenarnya sudah tahu dari umur 12 tahun bahawa orang yang menjaganya selama ini bukan ibu kandung dan dia juga pernah usaha untuk mencari ibunya tapi tidak berjaya. Akhirnya berkat doa serta kuasa viral di sosial media akhirnya.. Momen terindah!
Umur sudah 22 tahun, ingin kahwin tapi nak cari mama
Semuanya bermula apabila seorang gadis bernama Yun memuat naik tiga keping foto di Twitter dengan tujuan untuk mencari ibu kandungnya. Pertama, kerana dia tidak pernah melihat sendiri ibu yang melahirkannya dan kedua dia ingin mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Info mengenai ibunya juga agak terhad.
Baca kisah selanjutnya;
Terpaksa bagi dekat ‘ibu’ minta tolong jagakan
Tahu ada mama kandung dari darjah 6 tapi..
Cari ibu kandung tak bermaksud tidak sayangkan keluarga yang ada
Akhirnya!
Dengan ibu tunggu mummy ? NERVOUS TERUK! pic.twitter.com/sCd7D17gmP
— yun (@ynrazak) March 6, 2018
Ini lah mama! Alhamdulillah
Kini sudah ada 2 insan penting dalam hidup
Sumber: Twitter @ynrazak