berita

23 Negara Catat Rekod Tertinggi Covid-19 Dilarang Masuk Malaysia, Amerika Syarikat Mohon Penjelasan

September 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu senarai mengenai negara yang dilarang memasuki Malaysia kerana mencatatkan kes Covid-19 melebihi 150,000. Amerika Syarikat antara 23 negara yang telah disenaraikan dalam senarai tersebut.

Sekatan kemasukan ke Malaysia

Sekatan kemasukan ke Malaysia kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang bagi negara-negara yang mencatatkan kes positif #COVID19 melebihi 150,000 kes. Sekatan ini tidak melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari negara-negara berkenaan. Berkuatkuasa 7 September 2020.

Menerusi infografik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, kesemua pemegang pas lawatan jangka panjang bagi 23 negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 150 ribu kes, telah dikenakan sekatan untuk memasuki Malaysia.

Namun begitu, menerusi laporan Harian Metro, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan Malaysia berhubung sekatan yang dikenakan terhadap pemegang pas lawatan jangka panjang yang berkuatkuasa 7 September ini.

Ingin mendapatkan penjelasan

Menurut Duta Amerika Syarikat, Kamala Shirin Lakhdir, mereka ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai larangan yang dikenakan. Tambahnya, adakah larangan tersebut melibatkan warga Amerika Syarikat yang tinggal di Malaysia namun kini masih berada di sana. Ujar beliau lagi, kerajaan Amerika Syarikat memberi kebenaran buat semua rakyatnya untuk keluar dari negara tersebut.

Selain Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×