berita

24 Orang Doktor Di Indonesia Maut Akibat Covid-19

April 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Persatuan Doktor Indonesia telah mengumumkan bahawa seramai 24 orang doktor telah maut akibat dijangkiti wabak maut, Covid-19.

24 doktor maut kerana Covid-19

Menerusi laporan Malay Mail, jumlah kematian dalam kalangan doktor telah meningkat sebanyak 2 kali ganda sejak minggu lalu. Difahamkan, kejadian ini berlaku disebabkan kekurangan peralatan perlindungan di hospital-hospital yang terdapat di negara tersebut.

Sementara itu, Jurucakap Persatuan Doktor Indonesia, Halik Malik berkata setiap daripada mereka yang bekerja dalam sektor perubatan ini sememangnya akan terdedah dengan wabak ini dan disebabkan itu mereka perlu dilindungi.

Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan kakitangan perubatan terpaksa menggunakan baju hujan dan membawa topeng muka sendiri dan dijadikan sebagai PPE untuk melindungi diri daripada terdedah kepada wabak maut itu.

Ya, setakat ini yang dilaporkan ada 18 doktor dan enam doktor gigi yang meninggal dunia kerana COVID-19. Jumlah semuanya adalah 24 orang.

PPE sudah mula diagihkan

Sementara itu, beberapa kumpulan hak termasuk Amnesty International telah meluahkan rasa keprihatinan mereka terhadap insiden sedih yang meragut nyawa dalam kalangan kakitangan perubatan itu.

Kematian pekerja perubatan bukan hanya angka, tetapi sebagai penggera bagi negara untuk memperbaiki sistem kesihatan mereka ketika dalam waktu kecemasan ini.

Difahamkan, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo memberitahu dalam menyuaratnya pada Isnin lalu bahawa pakaian keselamatan diri (PPE) kini sudah diedarkan dan dia juga meminta pegawai serantau untuk memantau penghantaran peralatan tersebut ke hospital-hospital di Indonesia.

Sumber: Malay Mail, Tribunnews

SKIP THIS AD ×