berita

24 ‘Rookies’ Bakal Cabar Penyanyi Profesional Dalam Vokal Mania

October 18th, 2020 | by Zulaikha
Shout Out!

Setelah tamatnya program Immortal Songs yang bersiaran selama tujuh episod, kini televisyen nombor satu Malaysia TV3 tampil dengan program nyanyian yang terbaharu iaitu Vokal Mania. Program ini menampilkan kelainan di mana seramai 24 ‘Rookies’ (penyanyi amatur) bakal berentap dengan empat artis profesional bagi merebut gelaran ‘Juara’. Wow mesti sengit habis ni!

Artis profesional vs Rookies

Antara empat artis profesional yang bakal bertanding ialan Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok. Artis hebat ini akan bertanding dengan 24 orang penyanyi amatur demi merebut wang tunai sebanyak RM 80,000 banyak weyh! Program ini akan diacarakan oleh Dato’ AC Mizal selaku hos utama dan Azira Shafinaz selaku hos bersama.

Vokal Mania yang mempunyai sembilan episod akan mula bersiaran pada 24 Oktober 2020, setiap hari Sabtu jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.

‘Alhamdulillah kami kembali dengan program hiburan siaran langsung seperti dahulu kala, bermula dengan Vokal Mania ini. Kekangan demi kekangan terpaksa kita hadapi kerana penularan wabak COVID-19 ini sebagai satu rakyat. TV3 tetap akan galas tanggung jawab dalam menyajikan program-program hiburan terbaik untuk tontonan semua. Hadirnya Vokal Mania yang mempunyai format serba baharu, kami harapkan para penonton semua dapat berkumpul seisi rumah, seisi keluarga merapatkan hubungan silaturahim sambil berhibur bersama kami’

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Dato’ Khairul Anwar Salleh, walaupun negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19 itu tidak menjadi penghalang untuk TV3 menyajikan pelbagai program hiburan untuk seisi keluarga.

Nak tahu Rookies mana yang nak berentap dengan artis legend ni, kenalah tengok Vokal Mania! Sempoi habis.

Format & cara undian

https://www.instagram.com/p/CGWnSU8gigw/

Setiap persembahan penyanyi profesional dan Rookies akan dinilai 100% oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap. Namun, anda di rumah boleh mengundi Rookies kegemaran anda bagi anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod menerusi Xtra. Bagi penjurian ‘Rookie Star Award’ adalah 70% daripada undian awam yang dibuat manakala lagi 30% daripada penilaian juri tetap.

Kesemua Rookies ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan menampilkan empat orang Rookies yang akan membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol (penyanyi profesional) secara solo dan duet demi mengumpul mata. Bagi pemenang ‘Rookie Star Award’ ganjaran sebanyak RM 1,000 menanti jika berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan. Pada akhir program, hanya satu Idol dan satu Rookies akan dinobatkan sebagai Juara bagi kategori masing-masing.

Rookies bakal berentap

Antara 24 Rookies yang bakal berentap adalah Aedy Kama, Afieq Shazwan, Aisha Retino, Alif Kadim, Aufahanie, Danial Chuer, Daniesh Suffian, Daus Husny, Eranzz Lambert, Erin, Fatin Afeefa, Fiera, Hakeemzamall, Hariz Danial, Nisha Haque, Nuha Bahrin, Nur Syafiq Naser, Qiem Churros, Razak A’ai, Tuah Adzmin, Wafariena, Yuveena, Zareef Sein dan Zetty Rashid.

Jangan lupa saksikan Vokal Mania bermula 24 Oktober ini tepat jam 9 malam di TV3, malahan boleh menonton secara langsung di Youtube TV3 Malaysia dan portal Tonton untuk melihat artis profesional berentap dengan Rookies. Anda juga boleh layari portal Xtra dan laman sosial TV3 untuk maklumat lanjut dan jangan lupa gunakan #vokalmania di platfom media sosial anda.

SKIP THIS AD ×