berita

24 Tahun Cipta Legasi Sebagai Anak Seni, Ini Ucapan Tulus Siti Nurhaliza Buat Semua

April 1st, 2020 | by Shira
Kini Trending

Tanggal 1 April merupakan tarikh yang sangat bermakna buat penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Penyanyi kesayangan ramai ini telah menceburkan diri dalam dunia persada seni suara sejak tahun 1996 dan pada hari ini genap 24 tahun bergelar anak seni.

Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Siti Nurhaliza ada memuatnaik ucapan perhargaan dan luahan hatinya buat para peminat serta mereka yang sentiasa menyokongnya selama ini.

24 Tahun dalam bidang seni suara

Difahamkan, nama Siti Nurhaliza mula dikenali sejak menjuarai dalam satu pertandingan pencarian bakat baru Bintang HMI (Hiburan Minggu Ini) RTM pada tahun 1995 iaitu ketika usianya baru sahaja 16 tahun. Dari tahun ke tahun, kelunakan dan kemerduan suara Siti semakin mendapat perhatian ramai sehingga dia telah digelarkan sebagai penyanyi nombor satu negara.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Siti meluahkan rasa syukur kepada semua peminat dan para penyokong yang masih bersamanya dan menajdi tulang belakang sepanjang 24 tahun penglibatannya dalam bidang seni ini.

Alhamdulillah dan terima kasih di atas kurniaanNya. Tidak ada sedikit pun milik saya, semua hak Dia. Syukur. Buat semua yang telah bersama-sama saya sepanjang 24 tahun ini, tidak kira kebersamaan dalam bentuk apa pun, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya.

Terima kasih semua

Sementara itu, Siti juga turut mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan perasaan terima kasih dan penghargaannya buat semua individu yang pernah bekerja dengannya dan sentiasa memberi kepercayaan dan peluang kepadanya sepanjang berada dalam dunia seni ini.

Tidak lupa juga, Siti turut meluahkan rasa syukur atas sokongan yang tidak pernah putus daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat termasuklah SitiZoners.

Suami, ibu, arwah abah, ibu mentua, anak-anak, adik beradik, keluarga, saudara mara, sahabat handai, staff-staff, syarikat-syarikat rakaman atau label yang pernah bersama saya, penerbit2 album, komposer2, penulis2 lirik, para pemuzik, penyanyi2 latar, koreografer2,penari2 latar, jurusolek2, pereka2 pakaian, penata2 gaya, penerbit2 tv dan radio, deejay2, rakan2 media, rakan2 artis, syarikat2 yang memberi kepercayaan kepada saya menjadi duta produk, ikon, jurucakap dan sebagainya, penganjur2 yang mengundang saya dalam konsert & persembahan2 dan tentunya PARA PEMINAT, SITIZONERS yang tidak pernah jemu memberikan sokongan selama ini.

Alhamdulillah. Doakan agar apa jua yang dipinjamkan kepada saya ini akan dapat saya manfaatkan kepada orang lain.

Selamat ulang tahun Tokti

Sumber: Datuk Seri Siti Nurhaliza