berita

25 Tahun Berlalu, Video Pengacara Blue’s Clues Bongkar Sebab ‘Menghilangkan Diri’ Raih 32 Juta Tontonan

September 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Siapa dekat sini masih ingat rancangan televisyen kanak-kanak Blue’s Clues? Mesti korang kenal dengan pengacara Blue’s Clues yang cukup hebat, berbakat dan dikenali ramai iaitu Steve Burns.

Sekitar tahun 2002 yang lalu, Steve Burns mengumumkan untuk meninggalkan rancangan Blue’s Clues dan dia juga telah memperkenalkan ‘saudaranya’ iaitu Joe yang akan mengambil alih tempatnya dalam mencari ‘klu’ bersama para penonton.

Ditayangkan sejak 1996

Kalau korang nak tahu, rancangan Blue’s Clues mula ditayangkan di televisyen sekitar tahun 1996 dan pengacara pertama yang mengendalikan rancangan yang diterbitkan oleh Nick Jr. ini adalah Steve Burns. Cara penyampaian si pengacara yang cukup berbakat ini membuatkan kanak-kanak tidak berganjak dari televisyen. Ditambah pula dengan fesyen ‘unik’ Steve yang mengenakan kemeja bercorak belang berwarna hijau sambil di tangannya memegang buku nota.

Namun pada tahun 2002, Steve mengumumkan untuk meninggalkan Blue’s Clues dan tak dinafikan pengumuman secara mengejut itu membuatkan para peminat Blue’s Clues tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku. Menerusi episod terakhir yang dihoskan oleh Steve memperlihatkan pemuda itu ‘menaiki sebuah bas dan meninggalkan bandar’. Berikutan daripada itu, pelbagai spekulasi dan khabar angin mengenai Steve ‘berlegar’ di media sosial.

Selepas 25 tahun

Namun baru-baru ini, segala persoalan mengenai Steve akhirnya terjawab selepas Steve muncul dalam satu video pendek yang dimuat naik di Twitter rasmi Nick Jr sempena ulang tahun Blue’s Clues yang ke 25 tahun. Menerusi video tersebut, Steve menerangkan apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 2002 selepas dia membuat keputusun untuk ‘menaiki bas dan keluar dari bandar’.

Saya sedar ia sememangnya sangat mendadak, selepas itu saya bangun dari tidur dan pergi ke kolej. Ia sesuatu yang  mencabar tetapi sangat menakjubkan dan kini saya telah melakukan banyak perkara yang saya ingin lakukan.

Steve juga sempat memberi kata-kata semangat buat peminat rancangan Blue’s Clues yang kini sudah pasti mempunyai kehidupan sendiri dan tanggungjawab yang perlu dipikul termasuklah pinjaman belajar, kerjaya, keluarga dan sebagainya.

Saya cuma ingin mengatakan bahawa selama ini saya tidak pernah melupakan kamu semua dan saya bersyukur kerana kita masih lagi ‘berkawan’.

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 32 juta tontonan. Kebanyakan daripada netizen mengakui sebak selepas menonton video dan mendengar kata-kata semangat dari Steve.

Video penuh

Sumber: Nick Jr, Cnet

SKIP THIS AD ×