Di utara Greece, dua buah kereta api telah bertembung sehingga menyebabkan kehilangan sekurang-kurangnya 26 nyawa serta puluhan mangsa cedera dalam satu kejadian berhampiran Town of Tempe, bandar Larissa, petang semalam (Selasa).
Artikel Berkaitan: Sakan Main Papan Luncur, Remaja Maut Kepala Terhempas Di Landasan Kereta Api
Artikel Berkaitan: Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan
Menurut laporan BBC News, sebuah kereta api penumpang bertembung dengan sebuah lagi kereta api dari arah hadapan. Bukan itu sahaja, difahamkan seramai 85 orang cedera akibat kemalangan dahsyat itu.
Berdasarkan laporan awal, kereta api penumpang itu dalam perjalanan dari Thessaloniki ke Larissa, Greece. Bagaimanapun, pertembungan itu mengakibatkan beberapa kereta api tergelincir hingga menyebabkan tiga daripadanya terbakar selepas nahas berhampiran Tempe.
Bahagian hadapan kereta api itu remuk. Kami mendapatkan kren untuk masuk, dan peralatan mengangkat khas untuk membersihkan serpihan dan mengangkat kereta api. Terdapat serpihan yang tercampak di sekitar tapak nahas.
Sementara itu, kira-kira 50 anggota bomba dan 20 ambulans ditugaskan di tempat kejadian. Malah, proses pemindahan yang sedang berlangsung dilihat sukar kerana anggota penyelamat terpaksa bekerja dalam asap tebal akibat kebakaran untuk mencari mangsa yang terperangkap.
Dalam masa sama, Jurucakap Perkhidmatan Bomba menjangkakan jumlah kematian akan meningkat selepas operasi. Terdapat kira-kira 350 penumpang di atas kenderaan itu ketika perlanggaran terbabit berlaku.
Sumber: BBC News