berita

Lisa Blackpink Tayang Pakai Bikini Di Greece

August 11th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

LISA BIKINI

Foto-foto yang dimuat naik anggota Blackpink iaitu Lisa telah mencuri perhatian sekaligus menjadi bualan hangat peminat di media sosial.

Artikel Berkaitan: Lisa Blackpink Beli Villa Bernilai Hampir RM26 Juta!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Berpegangan Tangan, Jennie Blackpink & V BTS Kantoi ‘Dating’?

Gambar berbikini

Lisa Blackpink

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram (IG), Lisa tampil ‘hot’ mengenakan bikini ketika bercuti di Greece.

Penyanyi berumur 26 tahun itu dilihat memuat naik foto berbikini di depan cermin dengan rambut yang tidak diikat.

Selain itu, selebriti kelahiran dari Thailand ini juga mendedahkan bahagian belakang badannya ketika menggayakan bikini bercorak hitam putih ketika melakukan aktiviti ‘outdoor’.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mula memetik nama ibu Lisa selepas melihat tindakan berani penyanyi itu.

Di samping itu, netizen turut terpegun melihat kecantikan yang terserlah dalam diri wanita yang mempunyai 96.6 juta pengikut.

Sebelum ini, Lisa memberitahu dia tidak berani untuk memuat naik foto memakai bikini kerana masih berada di bawah pengawasan ibunya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×