berita

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

January 17th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending


Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 yang terhempas berhampiran Pokhara, Nepal, Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: Empat Maut Insiden Udara Di Gold Coast

Artikel Berkaitan: Helikopter Terhempas Di Cameron Highlands, Semua Penumpang Selamat

Kotak hitam pesawat


Menurut laporan Bernama, jurucakap Penerbangan Awam Nepal (CAAN), Jagannath Niroula memberitahu pihaknya akan mendapatkan maklumat berhubung kejadian terbabit melalui kotak hitam itu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mengesan empat lagi mangsa nahas. Difahamkan, setakat ini, 68 mayat telah berjaya dijumpai di lokasi kejadian pada hari yang sama.

Penyelamat dikerah mencari empat mangsa di Sungai Seti kerana dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai, kata Niroula.

Sementara itu, Kerajaan Nepal turut mengisytiharkan berkabung pada Isnin di samping menetapkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat punca tragedi yang disifatkan sebagai nahas udara terburuk dalam sejarah Nepal.

Terdahulu, pesawat Yeti Airlines yang membawa seramai 68 orang penumpang dan empat anak kapal itu dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara sebelum terhempas di gaung Sungai Seti pada Ahad.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×