Korang ingat lagi tak dengan kempen #BucketSemangatRakyat di mana KFC ajak kita semua untuk sebarkan mesej-mesej positif dengan berkongsikan kata-kata semangat di media sosial buat rakyat Malaysia dalam menghadapi waktu sukar tempoh hari?
Haa..kalau korang nak tahu, kata-kata semangat korang tu dah pun dipilih dan diabadikan pada bucket KFC tau! Yang lagi best, bucket-bucket ni juga boleh dibida bagi semua rakyat Malaysia dan hasilnya akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Mesti korang dah tak sabar nak tengok kan?
#BucketSemangatRakyat – simbol perpaduan, positiviti & kekuatan rakyat Malaysia
Untuk pengetahuan korang, #BucketSemangatRakyat ni bukan macam bucket KFC yang biasa tu tau. Ia adalah karya tiga artis tempatan iaitu Katun, Nas Suha dan Abdulrashade yang menzahirkan kata-kata semangat dari rakyat Malaysia dan kemudiannya mengabadikannya kepada bucket KFC edisi terhad yang ikonik ni!
Cakap pun tak guna, korang tengoklah sendiri. Memang kreatif dan awesome sangat. Mana taknya, kesemua rekaan adalah hasil lukisan tangan ketiga-tiga artis berbakat ni sendiri tau!
Oh ya, #BucketSemangatRakyat ni dah pun dibuka untuk bidaan pada 15 September lalu. Memang ramai yang tak lepaskan peluang untuk memiliki bucket istimewa yang hanya ada 3 di seluruh dunia ni!
Yang lagi best, disebabkan 357 kata-kata semangat korang, 3 bucket KFC edisi khas ni dah pun berjaya dibida dan hasil bidaan ini akan disalurkan kepada AddHopeMalaysia untuk membantu mereka yang memerlukan. Memang tabik spring lah!
Terima kasih, rakyat Malaysia! Kata-kata korang telah menyemarakkan lagi usaha KFC untuk membantu mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang updates menarik dari KFC, layari laman Facebook mereka.