berita

3 Beradik Viral Miliki Nama Lamborghini, Ferrari & Celica, Netizen Kata ‘Bugatti On Process’

April 11th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Seorang gadis tular di media sosial selepas mendedahkan namanya dan adik-beradiknya mempunyai nama yang unik dan jarang ditemui.

Ayah suka kereta

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok itu, gadis bernama Jini itu mendedahkan nama penuhnya ialah Lamborghini Astried. Selain itu, adik-beradiknya juga diberikan nama yang diinspirasikan dari jenama kereta iaitu Ferrari Mikola dan Celica Riska.

Nama adalah doa dari orang tua ya kann.

Yang memberi nama papa aku karena suka automotif gitu jadi namanya dikasi nama mobil.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah meraih 2.2 juta tontonan. Ramai netizen dilihat teruja dengan perkongsian tersebut. Tak kurang juga, ada yang kurang mempercayai pendedahan oleh Jini itu.

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka video tersebut akan tular kerana pada asalnya hanya mahu berkongsi pengalaman dirinya pernah dibuli sebab mempunyai nama yang unik.

Video penuh

@jineylaa nama adalah doa dari orangtua ya kann?? #brothersister ? slipping through my fingers – Jen

Tapi bagus tau namanya Aesthetic

Sumber: Wolipop Jineylaa

 

 

 

 

 

 

SKIP THIS AD ×